Terdapat pelbagai model bisnes internet di luar sana. Anda boleh menjual produk fizikal, produk digital, ataupun perkhidmatan. Sekiranya anda tidak mempunyai produk sendiri untuk dijual, anda boleh memilih untuk mempromosikan produk orang lain untuk dijual. Sekiranya produk tersebut terjual, anda akan menerima komisen untuk jualan tadi daripada pemilik produk tersebut. Model bisnes internet ini dikenali sebagai affiliate.
Hakikatnya, bisnes affiliate merupakan antara model yang menjadi pilihan ramai usahawan yang baru ataupun yang telah lama berkecimpung di dalam dunia bisnes internet.
Mari kita lihat apakah kelebihan seseorang itu menjalankan bisnes affiliate.
6 Kelebihan Bisnes Affiliate
1. Tidak Perlukan Produk Sendiri
Ini adalah ciri-ciri utama bisnes affiliate. Anda tidak perlu bersusah payah mencipa produk fizikal ataupun digital. Anda juga tidak memerlukan kemahiran khusus untuk ditawarkan kepada pelanggan.
2. Tidak Perlu Membuat Pembungkusan Dan Penghantaran
Dengan mempromosikan produk orang lain, anda tidak perlu menyimpan stok, tidak perlu membuat pembungkusan dan menghantar kepada pembeli. Semuanya akan diuruskan oleh pemilik produk.
3. Bantuan Promosi Daripada Pemilik Produk
Lazimnya sesudah mendaftar dengan sesuatu program affiliate, anda akan mendapat laman web lengkap disertakan dengan link affiliate anda, bantuan promosi dan contoh kaedah promosi yang berkaitan.
4. Tidak Perlu Hiraukan Refund atau Aduan Dari Pembeli
Sekiranya ada di kalangan pembeli yang tidak berpuas hati dengan produk yang dibelinya, pembeli akan terus kemukakan aduan kepada pemilik produk, tanpa melalui anda sebagai ahli affiliate. Jadi anda tidak perlu risaukan sebarang tuntutan refund atau aduan pembeli.
5. Boleh Bermula Serta-merta
Sebaik mendaftar sebagai agen affiliate, anda sudah boleh memulakan promosi produk atau perkhidmatan tersebut serta-merta tanpa perlu memikirkan kos domain dan hosting untuk laman web, autoresponder dan sebagainya. Ia cuma pilihan dan tidak wajib anda memilikinya.
6. Anda Tentukan Kos promosi
Anda hanya perlu fokus kepada promosi sahaja. Anda sendiri yang mengawal kos promosi. Anda boleh memilih untuk kos promosi percuma seperti blog, komen di forum dan juga media sosial. Sekiranya terdapat bajet khusus untuk bisnes affiliate anda, anda boleh memilih untuk membeli Facebook Ads, CPA ataupun lain-lain kaedah promosi berbayar.
Bagaimana Seseorang Boleh Memulakan Bisnes Affiliate?
1. Pilih Produk Yang Sesuai
Langkah pertama sudah tentu untuk memilih produk yang bersesuaian dengan keinginan anda sebagai ejen affiliate. Pada masa yang sama produk itu mempunyai permintaan yang baik daripada prospek pembeli. Anda boleh memilih untuk mempromosikan produk evergreen seperti panduan buat duit di internet, panduan kesihatan, kewangan dan sebagainya. Anda juga boleh memilih niche tertentu seperti ebook pengurusan, kisah motivasi dan sebagainya.
2. Jana Trafik Yang Berkualiti
Anda boleh mulakan strategi untuk menjana trafik yang berkualiti ke laman web affiliate anda. Trafik yang berkualiti bermaksud “targeted” trafik, ianya adalah prospek yang mempunyai keinginan untuk mendapatkan produk tersebut, dan mampu berbelanja untuk mendapatkannya. Untuk permulaan, anda boleh membiasakan diri untuk membangunkan laman web yang khusus untuk tujuan pemasaran emel sebelum pelawat-pelawat tersebut dihantar ke laman web affiliate. Secara tidak langsung, anda mula mengumpul senarai subscriber anda sendiri! Ini tip kejayaan top-top affiliate.
3. Bina Kepercayaan Pelanggan Anda
Anda perlu biasakan diri untuk membina kepercayaan pelanggan terhadap anda. Ramai orang di luar sana yang enggan membeli melalui link affiliate kerana sangsi atau tidak percayakan ejen affiliate tersebut. Anda boleh berikan mereka maklumat dan informasi berkaitan produk sebelum melakukan promosi jualan kepada mereka.
4. Sentiasa Berikan Nilai Lebih
Apa yang pasti, ramai ejen affiliate akan mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan yang sama. Prospek akan sukar membuat keputusan untuk membeli menggunakan link affiliate yang mana satu?. Oleh sebab itu anda kena sentiasa berikan nilai lebih berbanding rakan-rakan affiliate yang lain. Sebagai contoh, anda boleh menawarkan bonus sekiranya pelanggan membeli produk tersebut melalui link affiliate anda. Nilai tambah akan meningkatkan jumlah jualan anda.
5. Usaha Secara Konsisten
Anda kena sentiasa berusaha mempromosikan produk atau perkhidmatan secara konsisten. Jika satu kaedah promosi yang anda lakukan tidak berjaya, ianya bukan bermakna bisnes affiliate anda sudah berkubur. Sebaliknya, anda perlu tingkatkan lagi usaha untuk berjaya, dan ia mestilah dilakukan secara konsisten! Kata kuncinya adalah anda bukan gagal, tetapi belum berjaya lagi. Manfaatkan perkongsian ringkas perkara-perkara asas mengenai bisnes affiliate ini.
No comments:
Post a Comment