Thursday, 23 January 2014

10 Tips Pemasaran Blog

Dalam artikel sebelum ini, kita ada membincangkan bagaimana untuk membina blog yang berkualiti untuk menjana  wang secara online. Namun, sehebat mana sekalipun kualiti blog anda dijaga, ia tidak memberikan apa-apa hasil yang besar sekiranya anda tidak memasarkan blog anda tersebut.
Cuba anda bayangkan, setiap hari beribu-ribu blog dihasilkan di internet , oleh itu blog anda perlu bersaing dengan blog-blog yang lain bagi meraih tumpuan orang ramai. Ibaratnya jika anda mempunyai produk yang bagus, tidak akan ada sesiapa pun yang akan membeli sekiranya anda memilih untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang produk anda itu.
Maka dalam artikel ini, kita akan membincangkan bagaimana untuk anda memasarkan blog anda agar jumlah trafik yang berkunjung akan bertambah dari hari ke hari. Formula utama yang kita mahu pegang di sini ialah, punya blog yang berkualiti, punya trafik yang tinggi dan di hujungnya anda akan dapat melihat wang akan masuk  ke poket anda.
Adakah anda sudah bersedia? Ayuh kita mulakan pembelajaran kita tentang 10 Tips Mudah Untuk Memasarkan Blog:

Tips 1 : Memasarkan melalui forum

Kuasa forum memang tidak dapat dinafikan lagi. Mungkin masih ada segelintir blogger masih kurang memberi perhatian terhadap pemasaran melalui forum.
Forum merupakan antara tempat perbincangan yang cukup besar yang mengumpulkan ramai orang dan ini adalah peluang untuk anda menambah jumlah jaringan dan seterusnya memperkenalkan kewujudan blog anda.
Apa yang perlu anda lakukan ialah cari forum yang aktif dan bersesuaian dengan niche blog anda. Elakkan  mempromosikan blog yang tidak sesuai dengan topic forum. Sebagai contoh, jika blog anda tentang fesyen, agak kurang sesuai apabila dengan secara tiba-tiba sahaja anda mempromosikannya melalui forum automobil.
Teknik pemasaran forum merupakan antara teknik yang berkesan jika anda melakukannya dengan betul. Kita akan membincangkan secara detail bagaimana anda boleh memberi fokus kepada pemasaran melalui forum dalam artikel yang akan datang. Dalam artikel ini saya hanya akan memberikan tips pemasaran secara ringkas sahaja.

Tips 2 : Facebook profile


Saya tidak dapat menolak bahawa facebook merupakan salah satu medium untuk meledakkan trafik blog dengan begitu mudah. Jika ramai orang fikir untuk mendapatkan trafik melaui facebook, mereka perlu mengeluarkan modal untuk kos pemasaran melalui facebook ads. Maka anda perlu fikirkan sekali lagi kerana ada ramai yang menghasilkan trafik ke blog dengan hanya melalui profile facebook mereka.
Kuncinya di sini, anda boleh mengusahakan untuk mempunyai lebih dari satu akaun facebook. Satu akaun khusus untuk rakan-rakan yang anda kenal, dan satu lagi untuk kerja-kerja pemasaran. Ini hanya sebagai cadangan.  Sebagai contoh, jika blog anda merupakan sebuah blog yang bertemakan tentang tema masakan dan resepi, maka bina satu akaun facebook yang mana anda boleh usahakan untuk add ramai rakan-rakan dari niche masakan. Cari mereka di page “masakan dan resepi” serta di mana-mana group yang berkaitan.
Semakin ramai jumlah friends anda di facebook, semakin tinggi peluang untuk anda mendapatkan trafik. Apabila anda membuat posting yang kelihatan agak “match” dengan senarai rakan facebook anda, anda boleh lihat bagaimana posting anda mudah berkembang dengan hanya melalui auto sharing dari mereka.
Sebagai contoh, anda mungkin boleh membuat posting begini, “Resepi Ayam Masak Percik, jom masak! Klik link ini untuk baca resepi penuh,jangan lupa share dengan rakan-rakan yang lain ,ya!” . (jangan lupa untuk upload gambar ayam masak percik bersama-sama dengan ayat di atas)
Status sebegini biasanya akan mudah di like,share dan di komen oleh orang ramai. Ia merupakan satu status yang berinformasi kerana ia merupakan satu perkongsian yang  percuma untuk mereka layari. Saya sendiri agak terkejut apabila melihat status salah seorang rakan saya di facebook di mana beliau telah membuat satu posting  berkaitan dengan resepi kuih raya pada bulan ramadhan  yang lepas dan status itu telah mendapat share lebih dari 80 dengan komen melebihi 100. Namun sayangnya beliau tidak menggunakan kesempatan ini untuk membina blog dan seterusnya meletakkan url blog bersama. Berlaku sedikit kerugian di situ menurut pendapat saya.
Kunci kedua, jika mahu add rakan-rakan, lebih baik anda dan mereka mempunyai mutual friends yang lebih besar. Dengan cara ini, status anda lebih mudah dilihat dan kelihatan lebih aktif apabila sesama mereka melihat status yang sama.

Tips 3: Fanpage popular

Sejak tahun 2013 yang lepas, ramai sekali blogger samada blogger senior dan junior menggunakan fan page yang popular untuk memasarkan blog mereka. Usah terkejut apabila anda mendapat tahu bahawa ada seorang pelajar yang baru sahaja menyertai google adsense dapat meraih pendapatan sekitar USD1,000 sebulan dengan hanya menggunakan teknik ini.
Hal ini lebih kukuh apabila ada rakan IM lain yang turut mendapat hasil yang lebih kurang sama dengan menggunakan teknik ini. Jadi suka untuk saya kongsikan cara ini dengan anda dengan harapan anda juga dapat meraih kejayaan yang sama, InsyaAllah.
Caranya ialah, anda bina terlebih dahulu fan page untuk blog anda. Pastikan nama blog dan juga nama fan page adalah sama. Kemudian, anda cari mana-mana fan page yang mempunyai like sekitar 50,000 hingga 100,000 dan pastikan juga jumlah TAT  page tersebut sekitar 20,000 ke atas. Makin tinggi jumlah TAT , makin bagus untuk tujuan pemasaran. Tidak ada gunanya anda mempromosikan page anda di fan page yang mempunyai like yang tinggi namun kadar TAT yang rendah. Mungkin OK namun kurang efektif dan ini berdasarkan pengalaman lepas serta pengalaman rakan-rakan yang lain.
Hubungi admin untuk bertanyakan  tentang servis sewa CC (create content/content creator) di page mereka. Setiap admin pasti mempunyai deal yang berbeza maka anda harus berbincang dengan mereka. Biasanya sewa CC ini terbahagi kepada dua iaitu sewa untuk tag dimana post yang anda post hanya akan terdapat tag ke fan page anda atau yang kedua sewa CC yang mana status yang anda post di fan page mereka terdapat link post blog anda.
Pilihan kedua biasanya lebih mahal. Cadangan saya, anda usahakan untuk tambahkan like fan page anda dahulu kemudian barulah anda postkan url blog anda melalui fan page anda sendiri. Anda boleh mencari servis ini dengan menyertai group sewa CC di facebook.

Tips 4:  Group facebook

Perbincangan juga terhasil melalui group di facebook. Walaupun ia kelihatan agak tertutup namun jika anda dapat mencari group yang aktif, anda dapat lihat jumlah trafik ke blog anda semakin meningkat. Kuncinya di sini, usah lakukan spam. Jika blog anda tentang travel, maka sertai group yang membincangkan tentang topik travel . Post secara konsisten link url blog anda. Sebagai contoh, jika di blog anda ada membuat posting tentang “7 Tips Melancong Ke Korea” anda boleh Post link tersebut di group.
Sertai  beberapa  group yang sama dengan niche blog anda mungkin sekitar 3-5 group. Dalam sehari anda boleh post link blog anda sekitar 2 kali sehari dengan posting berbeza. Perkongsian tips percuma ini amat bermanfaat buat ahli group yang lain. Makin anda aktif maka makin besar harapan untuk mendapat trafik ke blog anda.

Tips 5: Twitter

Hari ini anak muda dan ramai orang sudah mempunyai akaun twitter. Akaun twitter juga sudah mempunyai setting khusus untuk kita linkkan setiap status ke akaun facebook secara automatik. Jadi tiada alasan untuk anda tidak menggunakan twitter bagi tujuan pemasaran. Orang ramai juga amat cenderung untuk follow sesetengah akaun twitter yang lain atas dasar perkongsian percuma yang bermanfaat. Jangan lupa untuk letakkan link akaun twitter anda di blog.
Ini adalah antara 5 tips untuk anda memasarkan blog anda. Artikel ini adalah untuk bahagaian pertama dan untuk bahagaian yang kedua ia akan menyusul tidak lama lagi. Saya akan berkongsi dan menerangkan tentang pemasaran blog untuk bahagian kedua dalam artikel yang seterusnya. Semoga anda mendapat manfaat dan ilmu tambahan dari artikel ini. Sebarang komen, pendapat atau pertanyaan, sila tinggalkan di ruang komen di bawah

No comments:

Post a Comment