Thursday, 23 January 2014

Tips : 6 Cara Buat Duit Di Internet



Berikut adalah tips dan cara-cara yang boleh anda lakukan untuk mula menjana wang di internet :


Cara 1 : Hasilkan Produk Info Berdasarkan Ilmu & Kemahiran Anda


Apakah kemahiran anda sekarang? Mungkin sahaja anda merupakan seorang tukang masak di sebuah restoren. Kepakaran anda adalah dalam bidang masakan. Maka, anda boleh hasilkan sebuah buku resepi  atau panduan memasak dalam bentuk ebook atau rakaman DVD.  Anda boleh menjualnya di internet.

Tahukah anda bahawa topik masakan antara topik yang amat popular di internet? Produk info tidak memerlukan kos yang besar untuk dihasilkan. Modal utamanya adalah ilmu dan pengalaman anda. Apa yang perlu anda lakukan, hanya kumpul serta susun idea dan pengalaman anda itu dengan menuliskannya di dalam microsoft word, kemudian, tukarkan ia ke dalam format pdf. Kini anda sudah ada satu produk yang boleh anda jual di internet.


Cara 2 :  Menjual Produk Tempatan Menerusi Internet


Jika anda tidak mempunyai idea untuk menghasilkan ebook, cara lain adalah dengan mencari produk-produk yang mudah di dapati di tempat anda tinggal, tetapi sukar untuk diperolehi di tempat lain. Contohnya, jika anda merupakan seseorang yang tinggal di Pulau Langkawi, anda mungkin boleh menjual coklat yang stoknya terdapat di Pulau Langkawi seperti coklat Daim. Saya pernah terjumpa, ada seorang penjual di internet yang menjual koleksi “coklat Langkawi” di internet. Beliau membeli coklat dengan harga pembekal dan menjualnya semula di internet.

Saya juga pernah melihat penjual yang menjual mee siput dan perencah mee bandung yang amat popular dari  Muar. Penjual tikar dan kek lapis  dari sarawak. Penjual kain batik. songket dan sutera dari terengganu. Penjual kelambu dan tilam toto dari perlis. Dan banyak lagi, mereka ini menggunakan peluang dengan memasarkan produk yang popular di tempat tinggal mereka ke seluruh Malaysia menerusi internet.  

Cara 3: Menjual Produk Orang Lain (Affiliate)


Ini juga antara alternatif yang mudah untuk anda mula menjana pendapatan di internet. Jika anda tiada idea untuk buat ebook, tiada produk tempatan yang istimewa untuk dijual, maka mungkin anda boleh membantu orang lain menjualkan produk mereka dan memperolehi komisen daripada hasil jualan tersebut. Model bisnes sebegini disebut affiliate.
Sebagai contoh, jika si A menjual ebook “Bagaimana Untuk Mengurangkan Berat Badan” , maka anda boleh mendaftar menjadi ejen di website beliau dan seterusnya, membantu beliau membuat pemasaran.

Katakanlah, ebook tersebut dijual dengan harga RM 60.00 dan penulis bersetuju untuk membahagikan keuntungan 50%-50%, ini bermakna untuk satu jualan ebook, anda akan dibayar sebanyak RM30.00. Jika anda berjaya menjual ebook tersebut kepada 100 individu di internet ,maka anda akan dibayar sebanyak RM3,000.
Banyak kelebihan apabila melakukan bisnes affiliate. Antaranya , anda tidak perlu pening kepala untuk memberi support selepas jualan kerana ia akan diberikan oleh pemilik produk tersebut. Tugas anda hanya mempromosi link affiliate anda kepada orang ramai agar membeli dari link anda.  Anda biasanya hanya akan menerima emel makluman tentang jualan yang terhasil sahaja. Selebihnya, ia akan diuruskan oleh pemilik produk.

Cara 4: Menjual Produk Fizikal Tanpa Memegang Stok (Dropship)


Jika dahulu, ramai yang terpaksa menangguhkan minat mereka untuk berniaga kerana tiada modal untuk mengambil stok produk untuk diniagakan, tetapi, pada hari ini, satu model bisnes baru telah wujud yang membolehkan usahawan baru agar memulakan perniagaan mereka tanpa perlu menyimpan sebarang stok produk. Ianya dipanggil bisnes dropship.

Melalui model bisnes ini, anda sebagai penjual tidak perlu membeli dan menyimpan stok produk dan tidak perlu menghantar produk kepada pelanggan , kerana, semua itu akan dilakukan  oleh pihak pembekal. Sebagai contoh, anda jumpa pembekal produk al-quran digital dari syarikat A. Syarikat A menawarkan anda dengan harga pembekal serendah RM150, manakala, harga pasaran pula bernilai RM250. Ini bermaksud untuk satu unit al-quran digital, anda  boleh mendapat untung sebanyak RM100!

Apa yang perlu anda lakukan ialah dapatkan gambar produk yang jelas, cantik , menarik dan dapatkan butiran lengkap produk. Berbekalkan maklumat itu, anda promosikan produk tersebut di facebook, twitter, instagram dan lain-lain medium. Nyatakan harga  jualan dan minta pembeli membuat bayaran ke akaun bank anda. Selepas menerima bayaran dari pembeli, anda hanya perlu membuat bayaran pula kepada pembekal mengikut harga pembekal dan maklumkan kepada pembekal tentang maklumat pembeli seperti nama, alamat dan nombor telefon. Pihak pembekal pula akan terus menghantar produk tersebut kepada pembeli dengan segera. Anda sebenarnya hanya akan bertindak seperti orang tengah. Cuma, apa yang lebih menarik, urusan penghantaran produk akan dilakukan oleh pihak penjual. Menarik bukan?

Cara 5: Membina Blog Berinformasi.


Jika anda gemar menulis, maka cara ini adalah sesuai buat anda. Sebagai contoh, jika anda merupakan seorang pramugari dan pada masa yang sama anda gemar untuk menulis di blog anda ketika waktu cuti, anda boleh berkongsi pengalaman kerjaya anda di blog anda. Topik travel dan karier dunia penerbangan antara topik hot di internet yang tidak pernah kurang permintaannya. 

Blog yang ditulis oleh pengalaman peribadi seseorang biasanya bakal mendapat sambutan yang tinggi. Apabila blog anda mempunyai pelawat yang konsisten, anda boleh menggunakan kesempatan ini untuk menjana wang dengan meletakkan iklan di ruangan blog anda. Pilihan yang anda boleh sertai ialah:
  1. Menyertai google adsense. Kita akan bincangkan topik ini dengan lebih detail dalam artikel yang akan datang.
  2. Nuffnang
  3. Memasang banner
Jika anda mengemaskini blog secara konsisten, dan mampu menarik ramai pembaca, anda berpeluang untuk menjana lebih banyak wang melalui blog anda.

Cara 6: Menjual Servis Di Internet


Servis dilihat kepada bentuk perkhidmatan. Sebagai contoh jika anda merupakan seorang yang mahir dalam perakaunan, anda boleh menawarkan servis untuk membuat semakan penyata syarikat untuk peniaga kecil online. Saya pernah melihat seorang pelajar universiti membuat wang melalui internet dengan menawarkan servis memeriksa ayat bahasa inggeris. Orang ramai hanya perlu menghantar artikel kepada beliau untuk membuat semakan dan pelanggan akan mendapat hasil artikel yang lebih baik kerana servis yang ditawarkan ialah berkaitan dengan jurusan bahasa inggeris di peringkat lebih tinggi.

Pelajar itu tidak melakukan servis itu, beliau hanya memberi tumpuan dalam soal pemasaran dan mencari pelanggan namun yang melakukan semua kerja tersebut ialah pensyarah beliau dari fakulti bahasa. Mereka bersetuju untuk membuat servis itu bersama-sama. Agak geliga juga jika dilihat kepada cara pelajar tersebut membangunkan perniagaan online beliau.
Antara kemahiran yang boleh anda tawarkan sebagai servis adalah seperti kemahiran membina website, mengemaskini facebook, merekabentuk logo, menulis artikel dan bermacam lagi.

Nah! Kini anda sudah mengetahui  6 cara untuk mula buat duit melalui internet. Anda perlu teliti semula, cara yang mana satukah sesuai dengan diri anda. Usah tamak dengan cuba melakukan semuanya dalam satu masa.
Pilih satu cara dahulu, kemudian dapatkan lebih banyak ilmu mengenainya, take action dan berikan tempoh dalam 4-6 bulan untuk lihat hasilnya.

10 Tips Membina Blog “Berduit”



Semua orang boleh membina blog, malah ada yang mampu membinanya hingga 50 buah dalam masa sebulan. Namun soalannya di sini, adakah blog yang dibina tersebut mampu membuatkan pemiliknya meraih wang melalui internet?
Artikel kali ini, saya akan kongsikan 10 tips, bagaimana anda boleh membina sebuah blog yang berkualiti tinggi dan seterusnya, menjadi  sebuah mesin duit untuk anda menjana pendapatan di internet.
Tanpa melengahkan masa, berikut 10 tips yang boleh anda ikuti di dalam menghasilkan blog yang “berduit”.

Tips 1: Kandungan Adalah No. 1


Pernahkah anda mendengar ungkapan “ The Content Is King” ? Tanya pada diri anda sendiri, jika anda suka untuk melawati sesetengah blog, mengapa anda sukakan blog tersebut? Saya yakin, 90% dari anda akan memberi jawapan bahawa “saya  suka dengan blog XXX kerana saya mendapat banyak informasi berguna”.
Jadi, untuk membina blog yang berkualiti, tekankan aspek kandungan dengan lebih mendalam. Sebagai contoh, jika anda membina  blog tentang kecantikan, mungkin anda boleh menyediakan info tentang tips dandanan rambut, tips dandanan kuku, tips bersolek, koleksi video tutorial serta trend terkini. Dengan menyediakan info seperti ini, anda telah memberikan satu nilai yang besar kepada para pelawat blog anda. Blog yang memberikan manfaat, pasti akan dapat menarik ramai pembaca blog yang setia.
Kuncinya, binalah blog yang sangat bermanfaat yang penuh dengan informasi dan maklumat terkini buat pelawat blog anda.

Tips 2: Mudah Dilayari


Perhatikan, apa yang membuatkan blog anda sukar dilayari.Minta ahli keluarga atau rakan anda melayari blog anda dan tanya pendapat mereka. Apakah kesukaran yang mereka hadapi semasa melawat blog anda? Mungkin ia mengambil masa terlalu lama untuk loading atau pun kandungan blog tidak tersusun? Senaraikan semua masalah tersebut dan cuba perbetulkan semuanya secepat mungkin. Jika anda membina blog hanya  untuk kepuasan sendiri tanpa mempedulikan maklumbalas dari orang lain, ia mungkin bermakna anda sedang syok sendiri.
Saya sendiri pernah mengalami kesukaran apabila melayari sesetengah blog, disebabkan teks agak kurang tersusun dan ada banyak popup yang berterbangan ke kiri dan ke kanan. 
Ada juga pemilik blog yang meletakkan butang yang tidak berkaitan berhampiran dengan butang untuk scroll down muka surat sehingga membuatkan pelawat sukar untuk “bergerak”. Blog yang sukar dilayari mendedahkan risiko untuk anda kehilangan pelawat. Ia amat merugikan.

Tips 3: Elakkan Terlalu Padat.


Binalah blog yang tenang mata memandang dan elakkan daripada mencampur adukkan semuanya dalam satu masa. Sebagai contoh, jika anda mahu menambahkan widget di bahagian sidebar, adalah lebih baik untuk hanya memaparkan perkara yang penting sahaja seperti archive, kategori, iklan, tag dan juga popular komen/rate. Jika anda meletakkan terlalu banyak widget contohnya calendar, jam, haiwan peliharaan, kartun animasi, kata-kata hikmah, ia mengurangkan kadar pelawat klik kepada iklan. Pastikan anda hanya  meletakkan widget yang penting dan pada masa yang sama tonjolkan iklan bersama-sama dengan widget tersebut.

Penulisan teks juga harus dijaga. Gunalah teks yang bersaiz  12 atau 14 dan pilih font yang biasa digunakan seperti verdana. Tulis ayat demi ayat dengan ruang perenggan agar ia dapat dibaca dengan lebih selesa. Pastikan juga warna font tidak terlalu pelbagai.

Tips 4: Selalu Update


Tahukah anda? Google amat menyukai blog yang sentiasa update dengan kandungan terbaru! Blog yang sentiasa aktif dengan pelbagai kandungan mempunyai kelebihan untuk berada di ranking tertinggi google. Tambahan lagi jika anda kerap menambahkan jumlah backlinks pada blog anda, ia sangat-sangat membantu.
Berapa kali jumlah kekerapan untuk anda mengupdate blog anda? Ia bergantung kepada masa yang anda ada. Jika boleh lakukan minima 2 kali seminggu. Jika tidak mampu untuk update secara manual atas faktor kekangan masa, anda boleh menggunakan fungsi “schedule”.
Jika anda tidak mampu untuk mengupdate blog anda secara sendirian, maka anda boleh mengupah orang lain untuk melakukannya. Ini kerana anda juga perlu fokus kepada hal yang lain seperti urusan pemasaran.
Memasarkan blog merupakan perkara yang kritikal selepas anda mempunyai isi kandungan blog yang bagus

Tips 5 : Ikuti Perkembangan Semasa


Percayakah anda bahawa jika anda mengupdate blog anda dengan topik yang berkait rapat dengan isu semasa, maka ia akan mudah untuk melonjakkan nama blog anda? Ya, kebanyakannya begitu. Walaupun ia ada kebergantungan dan kaitan dengan usia blog dan juga backlinks, namun topik yang berkait rapat dengan isu semasa amat membantu.
Sebagai contoh, jika blog anda tentang topik masakan, anda mungkin boleh membuat post tentang program Masterchef. Topik ini antara topik yang mempunyai carian yang tinggi di google.

Tips 6:  Unik


Artikel yang unik dan original amat membantu untuk menaikkan blog anda. Selepas google mengemaskini algorithma enjin carian mereka, antara perkara yang amat mereka titikberatkan ialah isi kandungan yang unik. Maka, usahakanlah untuk menyiarkan kandungan blog yang unik dan lain dari blog lain. Walaupun topiknya adalah sama, namun keunikan isi kandungan akan membantu untuk melonjakkan  blog anda ke tahap yang  lebih tinggi.
Ada rakan IM memberi tips, blog beliau baru sahaja dibina pada awal tahun 2013 yang lepas. Namun beberapa bulan selepas itu, ranking blognya naik ke tahap  yang lebih tinggi di google dengan lebih cepat walaupun kurang melakukan promosi. Rahsianya, beliau mengupdate blog setiap hari dengan artikel yang unik dengan jumlah perkataan melebihi 1,000. Saya amat terkejut apabila mengetahui itu yang beliau lakukan selama ini untuk membangunkan blog beliau. Namun kerja keras yang dilakukannya itu kelihatan amat berbaloi. Beliau memperolehi hasil yang memberangsangkan menerusi iklan “google adsense” yang beliau letakkan di blog beliau.

Tips 7:  Menyediakan Artikel Dengan Lebih Kemas


Pastikan semua ayat tersusun dengan baik beserta dengan perenggan yang boleh membuatkan anak mata  pelawat merasa selesa ketika membaca di blog anda.
Anda boleh bold/ italic beberapa perkataan atau ayat jika perlu. Saya pernah melawat blog rakan yang menulis tentang hidup beliau. Saya suka dengan isi kandungan yang memaparkan tentang hidup beliau yang ketika itu berada di luar negara, namun saya merasa agak terganggu dengan penulisan artikel beliau yang menggunakan tulisan font bersaiz kecil dan tiada perenggan.
Alangkah baiknya jika beliau dapat menulis posting  blog beliau dengan lebih kemas, teratur dan berperenggan. Pasti saya akan rekemenkan blog beliau kepada rakan-rakan saya yang lain.

Tips 8: Aktifkan Ruangan Komen


Sebolehnya, elakkan menutup ruangan komen . Usah takut dengan kritikan kerana ia lumrah untuk lebih maju. Anda perlu sedia menerima teguran. Buka ruangan komen dan tarik minat pembaca untuk meninggalkan pendapat, cadangan atau apa-apa sahaja dengan tujuan  untuk menambah baik lagi nilai blog anda.
Jika anda mempunyai waktu untuk membalas semua komen, maka ia adalah lebih baik. Kebanyakkan pelawat cukup suka apabila komennya menerima balasan daripada penulis.

Tips 9: Sediakan pages


Pages seperti about, contact, home dan yang lain-lain adalah wajib ada di blog anda. Pelawat sememangnya mahu tahu siapa individu di sebalik sesebuah blog. Maka, sediakan senarai pages tersebut buat mereka. Tempat yang terbaik untuk anda meletakkan senarai pages ini adalah di bawah bahagian kepala blog anda. Ini adalah antara ruangan utama yang sering dilihat oleh pelawat. Di sini juga antara ruangan terbaik untuk anda meletakkan iklan anda.

Tips 10 : Minta Maklumbalas


Anda membina blog untuk pelawat, maka dengarkan juga isi hati pelawat. Tanyakan kepada mereka apa yang mereka mahukan dari blog anda. Sebagai contoh, jika anda membina blog tentang tips penjagaan kereta, pasti ada yang bertanya apakah anda tidak mahu menambah kategori review kereta di blog anda? Jika ia memang sesuai maka anda boleh sahaja memenuhi permintaan tersebut.
Itulah 10 tip yang dapat kami kongsikan di dalam mebina blog yang berkualiti.
Insyallah, di dalam artikel yang akan datang, saya akan berkongsikan pula tips dan cara untuk memasarkan blog. Jangan lupa untuk tinggalkan sebarang komen atau pertanyaan jika ada.

5 Tips Memulakan Bisnes Affiliate

Terdapat pelbagai model bisnes internet di luar sana. Anda boleh menjual produk fizikal, produk digital, ataupun perkhidmatan. Sekiranya anda tidak mempunyai produk sendiri untuk dijual, anda boleh memilih untuk mempromosikan produk orang lain untuk dijual. Sekiranya produk tersebut terjual, anda akan menerima komisen untuk jualan tadi daripada pemilik produk tersebut. Model bisnes internet ini dikenali sebagai affiliate.

Hakikatnya, bisnes affiliate merupakan antara model yang menjadi pilihan ramai usahawan yang baru ataupun yang telah lama berkecimpung di dalam dunia bisnes internet.
Mari kita lihat apakah kelebihan seseorang itu menjalankan bisnes affiliate.

6 Kelebihan Bisnes Affiliate


1. Tidak Perlukan Produk Sendiri
Ini adalah ciri-ciri utama bisnes affiliate. Anda tidak perlu bersusah payah mencipa produk fizikal ataupun digital. Anda juga tidak memerlukan kemahiran khusus untuk ditawarkan kepada pelanggan.


2. Tidak Perlu Membuat Pembungkusan Dan Penghantaran
Dengan mempromosikan produk orang lain, anda tidak perlu menyimpan stok, tidak perlu membuat pembungkusan dan menghantar kepada pembeli. Semuanya akan diuruskan oleh pemilik produk.


3. Bantuan Promosi Daripada Pemilik Produk
Lazimnya sesudah mendaftar dengan sesuatu program affiliate, anda akan mendapat laman web lengkap disertakan dengan link affiliate anda, bantuan promosi dan contoh kaedah promosi yang berkaitan.


4. Tidak Perlu Hiraukan Refund atau Aduan Dari Pembeli
Sekiranya ada di kalangan pembeli yang tidak berpuas hati dengan produk yang dibelinya, pembeli akan terus kemukakan aduan kepada pemilik produk, tanpa melalui anda sebagai ahli affiliate. Jadi anda tidak perlu risaukan sebarang tuntutan refund atau aduan pembeli.


5. Boleh Bermula Serta-merta
Sebaik mendaftar sebagai agen affiliate, anda sudah boleh memulakan promosi produk atau perkhidmatan tersebut serta-merta tanpa perlu memikirkan kos domain dan hosting untuk laman web, autoresponder dan sebagainya. Ia cuma pilihan dan tidak wajib anda memilikinya.


6. Anda Tentukan Kos promosi
Anda hanya perlu fokus kepada promosi sahaja. Anda sendiri yang mengawal kos promosi. Anda boleh memilih untuk kos promosi percuma seperti blog, komen di forum dan juga media sosial. Sekiranya terdapat bajet khusus untuk bisnes affiliate anda, anda boleh memilih untuk membeli Facebook Ads, CPA ataupun lain-lain kaedah promosi berbayar.


Bagaimana Seseorang Boleh Memulakan Bisnes Affiliate?


1. Pilih Produk Yang Sesuai
Langkah pertama sudah tentu untuk memilih produk yang bersesuaian dengan keinginan anda sebagai ejen affiliate. Pada masa yang sama produk itu mempunyai permintaan yang baik daripada prospek pembeli. Anda boleh memilih untuk mempromosikan produk evergreen seperti panduan buat duit di internet, panduan kesihatan, kewangan dan sebagainya. Anda juga boleh memilih niche tertentu seperti ebook pengurusan, kisah motivasi dan sebagainya.


2. Jana Trafik Yang Berkualiti
Anda boleh mulakan strategi untuk menjana trafik yang berkualiti ke laman web affiliate anda. Trafik yang berkualiti bermaksud “targeted” trafik, ianya adalah prospek yang mempunyai keinginan untuk mendapatkan produk tersebut, dan mampu berbelanja untuk mendapatkannya. Untuk permulaan, anda boleh membiasakan diri untuk membangunkan laman web yang khusus untuk tujuan pemasaran emel sebelum pelawat-pelawat tersebut dihantar ke laman web affiliate. Secara tidak langsung, anda mula mengumpul senarai subscriber anda sendiri! Ini tip kejayaan top-top affiliate.

3. Bina Kepercayaan Pelanggan Anda
Anda perlu biasakan diri untuk membina kepercayaan pelanggan terhadap anda. Ramai orang di luar sana yang enggan membeli melalui link affiliate kerana sangsi atau tidak percayakan ejen affiliate tersebut. Anda boleh berikan mereka maklumat dan informasi berkaitan produk sebelum melakukan promosi jualan kepada mereka.


4. Sentiasa Berikan Nilai Lebih
Apa yang pasti, ramai ejen affiliate akan mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan yang sama. Prospek akan sukar membuat keputusan untuk membeli menggunakan link affiliate yang mana satu?. Oleh sebab itu anda kena sentiasa berikan nilai lebih berbanding rakan-rakan affiliate yang lain. Sebagai contoh, anda boleh menawarkan bonus sekiranya pelanggan membeli produk tersebut melalui link affiliate anda. Nilai tambah akan meningkatkan jumlah jualan anda.


5. Usaha Secara Konsisten
Anda kena sentiasa berusaha mempromosikan produk atau perkhidmatan secara konsisten. Jika satu kaedah promosi yang anda lakukan tidak berjaya, ianya bukan bermakna bisnes affiliate anda sudah berkubur. Sebaliknya, anda perlu tingkatkan lagi usaha untuk berjaya, dan ia mestilah dilakukan secara konsisten! Kata kuncinya adalah anda bukan gagal, tetapi belum berjaya lagi. Manfaatkan perkongsian ringkas perkara-perkara asas mengenai bisnes affiliate ini.

10 Tips Pemasaran Blog

Dalam artikel sebelum ini, kita ada membincangkan bagaimana untuk membina blog yang berkualiti untuk menjana  wang secara online. Namun, sehebat mana sekalipun kualiti blog anda dijaga, ia tidak memberikan apa-apa hasil yang besar sekiranya anda tidak memasarkan blog anda tersebut.
Cuba anda bayangkan, setiap hari beribu-ribu blog dihasilkan di internet , oleh itu blog anda perlu bersaing dengan blog-blog yang lain bagi meraih tumpuan orang ramai. Ibaratnya jika anda mempunyai produk yang bagus, tidak akan ada sesiapa pun yang akan membeli sekiranya anda memilih untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang produk anda itu.
Maka dalam artikel ini, kita akan membincangkan bagaimana untuk anda memasarkan blog anda agar jumlah trafik yang berkunjung akan bertambah dari hari ke hari. Formula utama yang kita mahu pegang di sini ialah, punya blog yang berkualiti, punya trafik yang tinggi dan di hujungnya anda akan dapat melihat wang akan masuk  ke poket anda.
Adakah anda sudah bersedia? Ayuh kita mulakan pembelajaran kita tentang 10 Tips Mudah Untuk Memasarkan Blog:

Tips 1 : Memasarkan melalui forum

Kuasa forum memang tidak dapat dinafikan lagi. Mungkin masih ada segelintir blogger masih kurang memberi perhatian terhadap pemasaran melalui forum.
Forum merupakan antara tempat perbincangan yang cukup besar yang mengumpulkan ramai orang dan ini adalah peluang untuk anda menambah jumlah jaringan dan seterusnya memperkenalkan kewujudan blog anda.
Apa yang perlu anda lakukan ialah cari forum yang aktif dan bersesuaian dengan niche blog anda. Elakkan  mempromosikan blog yang tidak sesuai dengan topic forum. Sebagai contoh, jika blog anda tentang fesyen, agak kurang sesuai apabila dengan secara tiba-tiba sahaja anda mempromosikannya melalui forum automobil.
Teknik pemasaran forum merupakan antara teknik yang berkesan jika anda melakukannya dengan betul. Kita akan membincangkan secara detail bagaimana anda boleh memberi fokus kepada pemasaran melalui forum dalam artikel yang akan datang. Dalam artikel ini saya hanya akan memberikan tips pemasaran secara ringkas sahaja.

Tips 2 : Facebook profile


Saya tidak dapat menolak bahawa facebook merupakan salah satu medium untuk meledakkan trafik blog dengan begitu mudah. Jika ramai orang fikir untuk mendapatkan trafik melaui facebook, mereka perlu mengeluarkan modal untuk kos pemasaran melalui facebook ads. Maka anda perlu fikirkan sekali lagi kerana ada ramai yang menghasilkan trafik ke blog dengan hanya melalui profile facebook mereka.
Kuncinya di sini, anda boleh mengusahakan untuk mempunyai lebih dari satu akaun facebook. Satu akaun khusus untuk rakan-rakan yang anda kenal, dan satu lagi untuk kerja-kerja pemasaran. Ini hanya sebagai cadangan.  Sebagai contoh, jika blog anda merupakan sebuah blog yang bertemakan tentang tema masakan dan resepi, maka bina satu akaun facebook yang mana anda boleh usahakan untuk add ramai rakan-rakan dari niche masakan. Cari mereka di page “masakan dan resepi” serta di mana-mana group yang berkaitan.
Semakin ramai jumlah friends anda di facebook, semakin tinggi peluang untuk anda mendapatkan trafik. Apabila anda membuat posting yang kelihatan agak “match” dengan senarai rakan facebook anda, anda boleh lihat bagaimana posting anda mudah berkembang dengan hanya melalui auto sharing dari mereka.
Sebagai contoh, anda mungkin boleh membuat posting begini, “Resepi Ayam Masak Percik, jom masak! Klik link ini untuk baca resepi penuh,jangan lupa share dengan rakan-rakan yang lain ,ya!” . (jangan lupa untuk upload gambar ayam masak percik bersama-sama dengan ayat di atas)
Status sebegini biasanya akan mudah di like,share dan di komen oleh orang ramai. Ia merupakan satu status yang berinformasi kerana ia merupakan satu perkongsian yang  percuma untuk mereka layari. Saya sendiri agak terkejut apabila melihat status salah seorang rakan saya di facebook di mana beliau telah membuat satu posting  berkaitan dengan resepi kuih raya pada bulan ramadhan  yang lepas dan status itu telah mendapat share lebih dari 80 dengan komen melebihi 100. Namun sayangnya beliau tidak menggunakan kesempatan ini untuk membina blog dan seterusnya meletakkan url blog bersama. Berlaku sedikit kerugian di situ menurut pendapat saya.
Kunci kedua, jika mahu add rakan-rakan, lebih baik anda dan mereka mempunyai mutual friends yang lebih besar. Dengan cara ini, status anda lebih mudah dilihat dan kelihatan lebih aktif apabila sesama mereka melihat status yang sama.

Tips 3: Fanpage popular

Sejak tahun 2013 yang lepas, ramai sekali blogger samada blogger senior dan junior menggunakan fan page yang popular untuk memasarkan blog mereka. Usah terkejut apabila anda mendapat tahu bahawa ada seorang pelajar yang baru sahaja menyertai google adsense dapat meraih pendapatan sekitar USD1,000 sebulan dengan hanya menggunakan teknik ini.
Hal ini lebih kukuh apabila ada rakan IM lain yang turut mendapat hasil yang lebih kurang sama dengan menggunakan teknik ini. Jadi suka untuk saya kongsikan cara ini dengan anda dengan harapan anda juga dapat meraih kejayaan yang sama, InsyaAllah.
Caranya ialah, anda bina terlebih dahulu fan page untuk blog anda. Pastikan nama blog dan juga nama fan page adalah sama. Kemudian, anda cari mana-mana fan page yang mempunyai like sekitar 50,000 hingga 100,000 dan pastikan juga jumlah TAT  page tersebut sekitar 20,000 ke atas. Makin tinggi jumlah TAT , makin bagus untuk tujuan pemasaran. Tidak ada gunanya anda mempromosikan page anda di fan page yang mempunyai like yang tinggi namun kadar TAT yang rendah. Mungkin OK namun kurang efektif dan ini berdasarkan pengalaman lepas serta pengalaman rakan-rakan yang lain.
Hubungi admin untuk bertanyakan  tentang servis sewa CC (create content/content creator) di page mereka. Setiap admin pasti mempunyai deal yang berbeza maka anda harus berbincang dengan mereka. Biasanya sewa CC ini terbahagi kepada dua iaitu sewa untuk tag dimana post yang anda post hanya akan terdapat tag ke fan page anda atau yang kedua sewa CC yang mana status yang anda post di fan page mereka terdapat link post blog anda.
Pilihan kedua biasanya lebih mahal. Cadangan saya, anda usahakan untuk tambahkan like fan page anda dahulu kemudian barulah anda postkan url blog anda melalui fan page anda sendiri. Anda boleh mencari servis ini dengan menyertai group sewa CC di facebook.

Tips 4:  Group facebook

Perbincangan juga terhasil melalui group di facebook. Walaupun ia kelihatan agak tertutup namun jika anda dapat mencari group yang aktif, anda dapat lihat jumlah trafik ke blog anda semakin meningkat. Kuncinya di sini, usah lakukan spam. Jika blog anda tentang travel, maka sertai group yang membincangkan tentang topik travel . Post secara konsisten link url blog anda. Sebagai contoh, jika di blog anda ada membuat posting tentang “7 Tips Melancong Ke Korea” anda boleh Post link tersebut di group.
Sertai  beberapa  group yang sama dengan niche blog anda mungkin sekitar 3-5 group. Dalam sehari anda boleh post link blog anda sekitar 2 kali sehari dengan posting berbeza. Perkongsian tips percuma ini amat bermanfaat buat ahli group yang lain. Makin anda aktif maka makin besar harapan untuk mendapat trafik ke blog anda.

Tips 5: Twitter

Hari ini anak muda dan ramai orang sudah mempunyai akaun twitter. Akaun twitter juga sudah mempunyai setting khusus untuk kita linkkan setiap status ke akaun facebook secara automatik. Jadi tiada alasan untuk anda tidak menggunakan twitter bagi tujuan pemasaran. Orang ramai juga amat cenderung untuk follow sesetengah akaun twitter yang lain atas dasar perkongsian percuma yang bermanfaat. Jangan lupa untuk letakkan link akaun twitter anda di blog.
Ini adalah antara 5 tips untuk anda memasarkan blog anda. Artikel ini adalah untuk bahagaian pertama dan untuk bahagaian yang kedua ia akan menyusul tidak lama lagi. Saya akan berkongsi dan menerangkan tentang pemasaran blog untuk bahagian kedua dalam artikel yang seterusnya. Semoga anda mendapat manfaat dan ilmu tambahan dari artikel ini. Sebarang komen, pendapat atau pertanyaan, sila tinggalkan di ruang komen di bawah

Rhizoplus - Penawar Gout, Resdung & Migrain Paling Mujarab




Gout merupakan penyakit yang semakin menular dalam kalangan penduduk Asia terutamanya di Malaysia, Singapura dan Brunei. Punca utama penyakit ini adalah banyak dipengaruhi oleh cara pemakanan kita. Ramai di antara kita yang gemar mengambil makanan yang berprotein tinggi secara kerap seperti daging dan makanan laut.

Pengambilan protein secara berlebihan menyebabkan ia diurai menjadi asid urik melalui tindak balas kimia dalam tubuh kita. Asid urik yang berlebihan ini akan dikumpul di bahagian sendi-sendi seperti pada kaki dan jari-jari tangan. Asid urik yang terkumpul ini akan menyebabkan bahagian sendi tersebut membengkak dan menimbulkan rasa sakit.


Bagi kes yang teruk, asid urik yang terkumpul dengan banyak ini akan membentuk kristal asid urik pada sendi tersebut. Dan sememangnya ini akan menimbulkan kesakitan yang teramat sangat.




Kebiasaannya, dalam kes gout dan migrain, pesakit akan diberikan "Painkiller" untuk membantu mereka mengurangkan rasa sakit. Namun, tahukah anda  "painkiller" ini akan memberi kesan negatif dalam jangka panjang terhadap tubuh jika diambil secara kerap?


"Painkiller" seperti panadol, penisilin dan sebagainya boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang jika digunakan secara kerap. Menurut kajian, setiap biji panadol yang diambil akan termendap dalam tubuh atau secara spesifiknya, dalam buah pinggang kita selama 5 tahun!!! Jadi bayangkan jika anda mengambil 2 biji panadol setiap hari. Anda boleh buat carian tentang kesan painkiller terhadap tubuh.
Rhizoplus Az-zahra, kapsul herba yang dihasilkan daripada 100% herba dan mengandungi 100% bahan organik. Kapsul ini dihasilkan untuk membantu pesakit-pesakit yang menderita akibat gout, migrain, sakit sendi (athritis) dan resdung.

Dengan Rhizoplus, anda bebas daripada risiko kesan sampingan kerana ia diformulasikan daripada herba-herba terpilih dan terbaik. Ia TIDAK mengandungi ubatan kimia atau dadah seperti mana ubatan yang lain.

Rhizoplus memberikan kelegaan segera kepada mereka yang menghidap gout, migrain dan resdung. Keberkesanannya boleh dirasai seawal tempoh 24 jam hingga seminggu selepas pengambilannya, bergantung kepada kadar metabolisme tubuh seseorang.

Kandungan Rhizoplus:


Produk ini dijamin telah lulus ujian makmal serta selamat digunakan (rujuk sijil daripada ACL di bawah). Ia tidak mengandungi steroid atau dadah.



Cara Pengambilan/ Makan:

Setiap botol Rhizoplus Azzahra mengandungi 15 biji kapsul, iaitu untuk kegunaan selama 2 minggu.
Disarankan makan 1 biji kapsul sehari, selepas makan.

*Keberkesanan pengambilan kapsul ini boleh dilihat dalam masa seawal hari pertama hingga satu minggu selepas diamalkan. Keberkesanan ke atas setiap pengguna mungkin berbeza bergantung kepada kadar metabolisme individu.

**Amaran Penting: Wanita hamil dilarang menggunakan pil ini.

Tempoh Pengambilan Berkesan

Untuk mendapat kesan penyembuhan maksima agar penyakit tidak berulang lagi, pelanggan adalah disarankan supaya mengambil Rhizoplus sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 bulan (4 botol).

Pada bulan pertama, pengguna perlu mengambil Rhizoplus setiap hari. Pada fasa ini, Rhizoplus akan bertindak untuk menyahtoksin dari badan (proses "flush"). Dalam tempoh kurang 1 minggu, pengguna akan merasa perubahan yang ketara pada penyakit yang dialami.

Pada bulan kedua, pengguna bolehlah mengambil Rhizoplus selang 2 atau 3 hari. Dalam bulan kedua ini, proses penyembuhan dan pembentukan semula sel-sel baru berlaku.

Tempahan:

Harga pasaran Rhizoplus adalah hanya RM180 RM150 sebotol.



Untuk lebih lanjut dan tempahan klik dibawah..






Tuesday, 21 January 2014

10 Tips Pemasaran Dengan Facebook untuk Bisnes Skala Kecil.


Berikut adalah 10 cara promosi perniagaan melalui Facebook untuk perniagaan kecil untuk memaksimumkan perniagaan anda dengan kerja yang minimum.:
Tetapkan tujuan yang realistik
Jangan berharap untuk mendapatkan ribuan ”LIKE” dalam bulan pertama Anda, tetapi berfikirlah dengan realistik dengan mulakan dari yang kecil untuk mendapat angka yang lebih besar.
Luangkan sedikit waktu anda
Cuba untuk membahagikan waktu anda, paling 1 satu jam sehari untuk update posting Facebook tentang perniagaan anda dan berkomunikasi terus dengan pelanggan.
Pelajari sebanyak yang boleh
Ambil catatan berdasarkan pengalaman anda dengan Facebook. Buat catatan tentang hal-hal yang anda tidak mengerti. Anda juga boleh mencari banyak informasi di Google, Yahoo atau Bing atau boleh juga bertanya pada yang pakar dalam Facebook marketing.
Mulakan iklan dengan modal kecil
Anda boleh mula membuat iklan Facebook ads untuk melihat seperti apa hasilnya dengan kos iklan yang dikeluarkan samada efektif atau tidak. Kaji kedudukan demografi dan kata-kata kunci (keyword) untuk menghasilkan Return of Investment (ROI) yang bagus.
Buat halaman Fanpage
Buatlah halaman Fanpage untuk perniagaan anda. Setelah anda buat Fanpage, undanglah semua teman-teman anda agar menjadi FANS pertama untuk halaman Facebook anda.
Status dengan yang terkini
Update status Fanpage anda dengan status terkini yang boleh mendorong teman anda untuk terlibat aktif dengan halaman perniagaan anda. Hal ini akan membuat status Fanpage anda banyak memperolehi LIKE.
Sapa FANS anda
Kirim ucapan terima kasih tepat setelah seseorang mengklik “LIKE” pada halaman anda, Perhatikan baik-baik apa yang dilontarkan atau yang disarankan oleh FANS laman Facebook perniagaan anda, dari sana anda akan membuat fanspage lebih aktif dan berkembang.
Jangan spam
Ramai yang telah cukup geram menerima spam di email atau Inbox mereka, dan pastinya akan sangat terganggu jika anda terikut-ikut mengirimkan pesanan terus ke inbox/email mereka. Jika anda sesuatu yang ingin disampaikan, cukup tuliskan di STATUS FACEBOOK anda.
Promosi kupon diskaun
Berikanlah kupon diskaun untuk menarik peminat pembeli anda, agar mereka berminat untuk membelinya/berlanggan dengan anda. Lakukan secara berkala agar pelanggan yang sudah ada tetap setia dengan anda.
Tawarkan membership
Tawarkan membership atau keanggotaan dengan berbagai macam tawaran menarik jika menjadi anggota atau berlanggan dengan perniagaan anda.

Saturday, 11 January 2014

Buat Duit & Bekerja Di Rumah

Pasti ada yang tercari-cari cara nak buat duit secara sambilan dirumah .. klik sini Job Dirumah

Nak Job di Rumah secara sambilan/sepenuh masa?

Apa Itu Dropship??

     Suatu kaedah perniagaan yang melibatkan penjualan sesuatu produk atau servis dengan pengedar hanya perlu membayar kepada pembekal berdasarkan produk dan servis yang dijual. Ianya memberi keuntungan yang besar kepada pengedar kerana tidak perlu menyimpan stok dan menanggung modal. Dropship membolehkan setiap orang menjalankan perniagaan kerana peniaga tidak perlu mempunyai produk atau servis yang dikeluarkan sendiri.



BAGAIMANA DROPSHIP BERFUNGSI?
Dropship berfungsi sangat mudah:
Langkah 1 - Anda pilih apa yang ingin anda jual daripada katalog Dropshippers atau laman web.
Langkah 2 – Senaraikan produk yang anda pilih itu di Facebook, laman web anda, katalog atau di tempat lain menggunakan foto produk dan keterangan Dropshippers.
Langkah 3 – Apabila ada tempahan daripada para pelanggan, anda menempah produk dari dropshipper tersebut. Mereka kemudian akan menghantarnya terus ke pelanggan anda.Pelanggan anda akan berfikir barang yang mereka beli datang secara langsung daripada anda.
Langkah 4 – Anda mendapat keuntungan dengan mudah!



   Anda membuat keuntungan tanpa perlu memikirkan untuk membeli dan menyimpan stok dan bahkan melihat produk-produk tersebut. Dropshipper akan melakukan semua ini untuk anda!
  Keuntungan utama adalah untuk anda.Anda boleh menggunakan dropshipping untuk menghasilkan lebih banyak, atau sedikit keuntungan yang anda perlukan – bergantung pada waktu yang anda gunakan.
  Jika anda hanya mempunyai cadangan beberapa jam per minggu, anda masih boleh menikmati manfaat dari dropshipping untuk memenuhi keperluan kewangan anda, kerana anda HANYA memerlukan beberapa jam seminggu dan tidak perlu memperuntukkan masa yang panjang.
  Anda kemudian akan mampu mendedikasikan waktu anda untuk membina perniagaan anda mengikut kemahuan anda sendiri. Dan setelah anda merasa selesa dan yakin, anda mungkin memutuskan untuk menambah jajaran produk lain untuk perniagaan anda!
  Salah satu tarikan dropship adalah anda tidak perlu memikirkan untuk membeli stok dan menyimpan stok. Anda hanya membayar kepada dropshipper untuk pesanan pelanggan, setelah pelanggan anda membayar kepada anda, dan kami akan menguruskan segala – galanya sehingga memastikannya sempurna.

:: Bagi yang baru nak mempelajari dunia bisnes online seperti dropship, affilliate dan sebagainya banyak perkara yang perlu dipelajari.