Thursday, 23 January 2014

10 Tips Membina Blog “Berduit”



Semua orang boleh membina blog, malah ada yang mampu membinanya hingga 50 buah dalam masa sebulan. Namun soalannya di sini, adakah blog yang dibina tersebut mampu membuatkan pemiliknya meraih wang melalui internet?
Artikel kali ini, saya akan kongsikan 10 tips, bagaimana anda boleh membina sebuah blog yang berkualiti tinggi dan seterusnya, menjadi  sebuah mesin duit untuk anda menjana pendapatan di internet.
Tanpa melengahkan masa, berikut 10 tips yang boleh anda ikuti di dalam menghasilkan blog yang “berduit”.

Tips 1: Kandungan Adalah No. 1


Pernahkah anda mendengar ungkapan “ The Content Is King” ? Tanya pada diri anda sendiri, jika anda suka untuk melawati sesetengah blog, mengapa anda sukakan blog tersebut? Saya yakin, 90% dari anda akan memberi jawapan bahawa “saya  suka dengan blog XXX kerana saya mendapat banyak informasi berguna”.
Jadi, untuk membina blog yang berkualiti, tekankan aspek kandungan dengan lebih mendalam. Sebagai contoh, jika anda membina  blog tentang kecantikan, mungkin anda boleh menyediakan info tentang tips dandanan rambut, tips dandanan kuku, tips bersolek, koleksi video tutorial serta trend terkini. Dengan menyediakan info seperti ini, anda telah memberikan satu nilai yang besar kepada para pelawat blog anda. Blog yang memberikan manfaat, pasti akan dapat menarik ramai pembaca blog yang setia.
Kuncinya, binalah blog yang sangat bermanfaat yang penuh dengan informasi dan maklumat terkini buat pelawat blog anda.

Tips 2: Mudah Dilayari


Perhatikan, apa yang membuatkan blog anda sukar dilayari.Minta ahli keluarga atau rakan anda melayari blog anda dan tanya pendapat mereka. Apakah kesukaran yang mereka hadapi semasa melawat blog anda? Mungkin ia mengambil masa terlalu lama untuk loading atau pun kandungan blog tidak tersusun? Senaraikan semua masalah tersebut dan cuba perbetulkan semuanya secepat mungkin. Jika anda membina blog hanya  untuk kepuasan sendiri tanpa mempedulikan maklumbalas dari orang lain, ia mungkin bermakna anda sedang syok sendiri.
Saya sendiri pernah mengalami kesukaran apabila melayari sesetengah blog, disebabkan teks agak kurang tersusun dan ada banyak popup yang berterbangan ke kiri dan ke kanan. 
Ada juga pemilik blog yang meletakkan butang yang tidak berkaitan berhampiran dengan butang untuk scroll down muka surat sehingga membuatkan pelawat sukar untuk “bergerak”. Blog yang sukar dilayari mendedahkan risiko untuk anda kehilangan pelawat. Ia amat merugikan.

Tips 3: Elakkan Terlalu Padat.


Binalah blog yang tenang mata memandang dan elakkan daripada mencampur adukkan semuanya dalam satu masa. Sebagai contoh, jika anda mahu menambahkan widget di bahagian sidebar, adalah lebih baik untuk hanya memaparkan perkara yang penting sahaja seperti archive, kategori, iklan, tag dan juga popular komen/rate. Jika anda meletakkan terlalu banyak widget contohnya calendar, jam, haiwan peliharaan, kartun animasi, kata-kata hikmah, ia mengurangkan kadar pelawat klik kepada iklan. Pastikan anda hanya  meletakkan widget yang penting dan pada masa yang sama tonjolkan iklan bersama-sama dengan widget tersebut.

Penulisan teks juga harus dijaga. Gunalah teks yang bersaiz  12 atau 14 dan pilih font yang biasa digunakan seperti verdana. Tulis ayat demi ayat dengan ruang perenggan agar ia dapat dibaca dengan lebih selesa. Pastikan juga warna font tidak terlalu pelbagai.

Tips 4: Selalu Update


Tahukah anda? Google amat menyukai blog yang sentiasa update dengan kandungan terbaru! Blog yang sentiasa aktif dengan pelbagai kandungan mempunyai kelebihan untuk berada di ranking tertinggi google. Tambahan lagi jika anda kerap menambahkan jumlah backlinks pada blog anda, ia sangat-sangat membantu.
Berapa kali jumlah kekerapan untuk anda mengupdate blog anda? Ia bergantung kepada masa yang anda ada. Jika boleh lakukan minima 2 kali seminggu. Jika tidak mampu untuk update secara manual atas faktor kekangan masa, anda boleh menggunakan fungsi “schedule”.
Jika anda tidak mampu untuk mengupdate blog anda secara sendirian, maka anda boleh mengupah orang lain untuk melakukannya. Ini kerana anda juga perlu fokus kepada hal yang lain seperti urusan pemasaran.
Memasarkan blog merupakan perkara yang kritikal selepas anda mempunyai isi kandungan blog yang bagus

Tips 5 : Ikuti Perkembangan Semasa


Percayakah anda bahawa jika anda mengupdate blog anda dengan topik yang berkait rapat dengan isu semasa, maka ia akan mudah untuk melonjakkan nama blog anda? Ya, kebanyakannya begitu. Walaupun ia ada kebergantungan dan kaitan dengan usia blog dan juga backlinks, namun topik yang berkait rapat dengan isu semasa amat membantu.
Sebagai contoh, jika blog anda tentang topik masakan, anda mungkin boleh membuat post tentang program Masterchef. Topik ini antara topik yang mempunyai carian yang tinggi di google.

Tips 6:  Unik


Artikel yang unik dan original amat membantu untuk menaikkan blog anda. Selepas google mengemaskini algorithma enjin carian mereka, antara perkara yang amat mereka titikberatkan ialah isi kandungan yang unik. Maka, usahakanlah untuk menyiarkan kandungan blog yang unik dan lain dari blog lain. Walaupun topiknya adalah sama, namun keunikan isi kandungan akan membantu untuk melonjakkan  blog anda ke tahap yang  lebih tinggi.
Ada rakan IM memberi tips, blog beliau baru sahaja dibina pada awal tahun 2013 yang lepas. Namun beberapa bulan selepas itu, ranking blognya naik ke tahap  yang lebih tinggi di google dengan lebih cepat walaupun kurang melakukan promosi. Rahsianya, beliau mengupdate blog setiap hari dengan artikel yang unik dengan jumlah perkataan melebihi 1,000. Saya amat terkejut apabila mengetahui itu yang beliau lakukan selama ini untuk membangunkan blog beliau. Namun kerja keras yang dilakukannya itu kelihatan amat berbaloi. Beliau memperolehi hasil yang memberangsangkan menerusi iklan “google adsense” yang beliau letakkan di blog beliau.

Tips 7:  Menyediakan Artikel Dengan Lebih Kemas


Pastikan semua ayat tersusun dengan baik beserta dengan perenggan yang boleh membuatkan anak mata  pelawat merasa selesa ketika membaca di blog anda.
Anda boleh bold/ italic beberapa perkataan atau ayat jika perlu. Saya pernah melawat blog rakan yang menulis tentang hidup beliau. Saya suka dengan isi kandungan yang memaparkan tentang hidup beliau yang ketika itu berada di luar negara, namun saya merasa agak terganggu dengan penulisan artikel beliau yang menggunakan tulisan font bersaiz kecil dan tiada perenggan.
Alangkah baiknya jika beliau dapat menulis posting  blog beliau dengan lebih kemas, teratur dan berperenggan. Pasti saya akan rekemenkan blog beliau kepada rakan-rakan saya yang lain.

Tips 8: Aktifkan Ruangan Komen


Sebolehnya, elakkan menutup ruangan komen . Usah takut dengan kritikan kerana ia lumrah untuk lebih maju. Anda perlu sedia menerima teguran. Buka ruangan komen dan tarik minat pembaca untuk meninggalkan pendapat, cadangan atau apa-apa sahaja dengan tujuan  untuk menambah baik lagi nilai blog anda.
Jika anda mempunyai waktu untuk membalas semua komen, maka ia adalah lebih baik. Kebanyakkan pelawat cukup suka apabila komennya menerima balasan daripada penulis.

Tips 9: Sediakan pages


Pages seperti about, contact, home dan yang lain-lain adalah wajib ada di blog anda. Pelawat sememangnya mahu tahu siapa individu di sebalik sesebuah blog. Maka, sediakan senarai pages tersebut buat mereka. Tempat yang terbaik untuk anda meletakkan senarai pages ini adalah di bawah bahagian kepala blog anda. Ini adalah antara ruangan utama yang sering dilihat oleh pelawat. Di sini juga antara ruangan terbaik untuk anda meletakkan iklan anda.

Tips 10 : Minta Maklumbalas


Anda membina blog untuk pelawat, maka dengarkan juga isi hati pelawat. Tanyakan kepada mereka apa yang mereka mahukan dari blog anda. Sebagai contoh, jika anda membina blog tentang tips penjagaan kereta, pasti ada yang bertanya apakah anda tidak mahu menambah kategori review kereta di blog anda? Jika ia memang sesuai maka anda boleh sahaja memenuhi permintaan tersebut.
Itulah 10 tip yang dapat kami kongsikan di dalam mebina blog yang berkualiti.
Insyallah, di dalam artikel yang akan datang, saya akan berkongsikan pula tips dan cara untuk memasarkan blog. Jangan lupa untuk tinggalkan sebarang komen atau pertanyaan jika ada.

No comments:

Post a Comment