Saturday, 29 March 2014

Copywriting

Copywriting adalah ilmu berkenaan cara penulisan ayat-ayat untuk memujuk para pembaca untuk membuat sesuatu tindakan seperti membeli, daftar mahupun install. Dengan ilmu copywriting yang sinonim dengan ayat-ayat memujuk untuk mengerahkan pelanggan agar membuat pembelian, ilmu yang betul dan teknik yang tepat akan menjamin jualan yang berganda. Seorang usahawan online yang bijak tidak akan membiarkan produk mereka tidak laku hanya disebabkan tidak mempunyai surat jualan yang hebat dan berkesan dalam mempengaruhi para pelanggan.




Produk yang berkualiti tidak menjamin jualan yang baik. Oleh yang demikian, mesej perlu disampaikan dengan baik, jelas dan sampai kepada maksud yang boleh memujuk hati pelanggan untuk tidak teragak-agak membeli.

Ilmu copywriting bukanlah ilmu yang mengajar bagaimana menipu, tetapi sebenarnya ia ilmu dan kemahiran yang diperlukan bagi memastikan bakal-bakal pelanggan memahami maksud, kepentingan dan faedah sesuatu produk untuk mereka. Kadangkala, ia hanya melibatkan penggunaan ayat, walaupun sama maknanya tetapi jika penggunaan ayat kurang tepat, ia hanya membantutkan ‘selera’ pelanggan untuk membeli.

Juga harus diingatkan bahawa ilmu copywriting bukan sekadar tentang cara-cara penulisan ayat dan karangan, ia juga melibatkan banyak elemen yang boleh dimasukkan seperti video, imej, skrip, analisis dan sebagainya. Maka seseorang usahawan perlu tahu bagaimana memanipulasi elemen-elemen tersebut. Jika salah digunakan, ia tidak memberikan kesan positif. Oleh kerana itulah terdapat sebahagian usahawan online yang lebih rela mengupah seorang penulis salesletter demi mengelakkan jualan tidak memberangsangkan dan bagi menjamin keuntungan perniagaan yang lebih berlipat kali ganda.

No comments:

Post a Comment