Saturday, 29 March 2014

5 Website Buat Duit Dengan Affiliate



Program affiliate adalah merupakan salah satu cara yang terbaik baik bagi pemilik-pemilik website dan juga pemilik blog untuk menjana pendapatan menerusi blog mereka dengan kaedah percuma. Malahan, halaman sosial media juga kini sudah menjadi salah satu platform pemasaran yang terbaik bagi agen-agen affiliate menjalankan promosi.

Menerusi program affiliate, pemilik website, blog atau pengguna facebook, hanya perlu mempromosikan link affiliate mereka sahaja di medium-meidum pemasaran yang mereka miliki. Kemudian, jika anda jualan yang terhasil, mereka akan mendapat komisyen yang lumayan. Ianya sangat mudah.. hanya perlu letakkan link sahaja. Manakala segala urusan pengehsan bayaran penghantaran produk atau khidmat pelanggan, akan diuruskan oleh pihak penjual.
Namun begitu, sebelum anda menyertai sesebuah program affiliate, anda perlulah terlebih dahulu menyemak latar belakang pihak penganjur program affiliate tersebut, adakah ianya benar-benar membayar para agen affiliate atau sebaliknya?

Untuk memudahkan anda membuat duit dengan affiliate, disini, kami senaraikan beberapa program affiliate antarabangsa dan juga tempatan yang sudah kukuh dan boleh dipercayai untuk anda sertai.

1. Clickbank - http://www.clickbank.com/
Ini adalah lubuk kepada produk digital. Terdapat pelbagai jenis produk digital yang boleh anda promosikan dari website ini, dari ebook, perisian hinggalah kepada program keahlian. Komisyen yang ditawarkan juga agak tinggi, iaitu sehingga 75%. Komisyen pula dibayar secara mingguan.

2. Amazon Associates - https://affiliate-program.amazon.com/

Siapa yang tidak kenal dengan website Amazon. Website yang pada mulanya popular dengan menjual buku secara online, kini turut menjual semua jenis barangan secara online, dari pakaian bayi hinggalah kepada peralatan elektrik. Jadi, tidak kira apa pun niche website atau blog anda, anda pasti akan menjumpai produk yang sesuai dari amazon untuk dipromosikan di blog anda.


Dilaporkan, ini adalah website affiliate yang paling besar di internet dan memiliki lebih 10 juta rakan affiliate. Sokongan penggunanya juga dikatakan amat mesra dan profesional. Namun begitu, sedikit kelemahan linkshare ialah, apabila anda ingin mempromosikan sesuatu produk, anda perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu dari pihak pemilik produk tersebut. Selalunya, 90% pemilik produk akan meluluskan semua affiliate yang ingin mempromosikan produk mereka, tetapi, ianya agak sedikit lambat dan anda perlu menunggu kelulusan mereka.

Tambahan lagi, ada banyak juga pemilik produk (vendor) yang tidak membenarkan peserta affiliate dari Malaysia mempromosikan produk mereka. Ianya adalah kerana produk mereka berbentuk produk fizikal dan terhad untuk pembelian dari sesetengah negara sahaja. Namun begitu, anda masih boleh mencuba!

4. Ashadee - http://www.ashadee.com/

Ashadee boleh dikatakan sebagai Clickbank versi Malaysia. Buat masa ini terdapat lebih dari 200 tawaran yang boleh agen affiliate promosikan menerusi website ashadee. Bayaran komisyen pula dibuat secara dwi-mingguan. Sebelum ini, ashadee dikenali sebagai Jomniaga.

Baru-baru ini pihak ashadee telah mengeluarkan senarai top 20 affiliate mereka untuk tahun 2013.

5. Klikjer - http://www.klikjer.com/

Satu lagi lubuk affiliate yang dibina oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia ialah, klikjer.com. Klikjer.com sebenarnya adalah merupakan sebuah syarikat penerbitan ebook. Namun begitu, pihak klikjer.com turut menawarkan program affiliate untuk membolehkan para agen affiliate mempromosikan ebook-ebook terbitan mereka. Buat masa ini, terdapat hampir 40 buah ebook berbahasa melayu di dalam pelbagai niche telah diterbitkan.

Komisyen jualan bagi setiap ebook pula ialah sebanyak 40%. Namun begitu, ura-ura kedengaran, kadar komisyen ini akan ditingkatkan pada masa hadapan. Bayaran komisyen pula adalah secara bulanan.
Itulah 5 program affiliate yang boleh anda sertai secara PERCUMA. Ianya adalah ibarat lubuk duit bagi mereka yang mahu menjana pendapatan di internet dengan menjadi agen affiliate.







No comments:

Post a Comment