Saturday, 29 March 2014

39 Tips Dalam Penulisan Copywriting

Di sini disenaraikan sebahagian daripada tips-tips penting dalam menulis ayat-ayat iklan dan copywriting. 
  1.  WIIFM – (What’s in it for me) : “Apa faedahnya kepada saya?” Prospek tidak peduli siapa anda, apa produk anda. Apa yang mereka ambil berat, ialah tentang apakah faedah yang boleh mereka perolehi dari anda?Bagaimana anda boleh membantu mereka menyelesaikan masalah? Jadi, sentiasa fikirkan, apakah faedah yang boleh diberikan kepada prospek.
  2. Mana-mana kenyataan besar yang mana mengejutkan para pembaca, mestilah disokong dengan bukti atau kredibiliti. Jika anda nyatakan 90% blogger menghadapi masalah kesihatan, berikan bukti. Mungkin keratan akhbar dan statistik kajian boleh dinyatakan bagi menyokong kenyataan anda.
  3. JANGAN menjual produk – sebaliknya, jual penyelesaian kepada masalah termasuk sebanyak (yang ditulis dengan baik) beserta dengan testimoni dan kajian kes. Pelanggan mahu menyelesaikan masalah mereka, oleh sebab itu mereka membeli.
  4. Tawarkan jaminan yang luar biasa dan berbeza dengan para pesaing anda. Jika para pesaing lain menawarkan jaminan wang dikembalikan 30 hari, anda pula boleh menawarkan jaminan 60 hari, dan wang akan digandakan jika ia tidak berkesan. Sekiranya produk anda benar-benar berkesan, kenapa perlu bimbang? Jika ada pemulangan wang pun, pastinya hanya 1% sahaja ~ jika produk anda memang sangat berkualiti dan berkesan.
  5. Buat tawaran anda terhad dalam tempoh masa tertentu. Pastikan anda serius tentang tawaran terhad ini dan sentiasa kemaskini jumlah unit yang tinggal dan waktu yang berbaki.
  6. Ikut formula “AIDA” – ATTENTION : Ambil perhatian, INTEREST : menimbulkan minat pembaca, DESIRE : membina keinginan supaya prospek ingin dapatkan produk, dan membuatkan mereka untuk mengambil tindakan. Untuk mereka membaca salesletter yang panjang, mulakan dengan menarik perhatian mereka. Cara menarik perhatian ada banyak dan pelbagai, jangan khususkan pada satu teknik sahaja.
  7. Menulis dalam nada perbualan. Menulis dengan ayat rasmi yang kaku, hanya akan membuatkan prospek rasa berjauhan dengan anda dan seolah-olah mereka membaca berita. Membaca berita tidak memerlukan pelanggan untuk membeli.
  8. Jelaskan mengapa anda membuat tawaran tersebut, selain sekadar mahu mengaut keuntungan. Jelaskan dengan baik agar para pelanggan tahu bahawa anda bukannya mengambil kesempatan ke atas mereka.
  9. Permudahkan pembaca untuk mengambil tindakan. Janganlah buat surat jualan yang caca marba dan tiada butang membeli. Arahan perlu jelas, agar keserabutan dan sistem yang tidak sistematik hanya membuatkan pelanggan lari daripada membuat pembelian.
  10. Beri peluang pembaca untuk memahami tawaran anda..
  11. Ketahui bagaimana bakal pelanggan berinteraksi antara satu sama lain dan budaya mereka, kemudian gunakan bahasa mereka. Jika anda promosi kepada orang Kelantan, maka menggunakan sedikit sebanyak dialek Kelantan dalam surat jualan dan ayat iklan, akan lebih menarik perhatian mereka.
  12. Tunjukkan, jangan beritahu saja (jangan main cakap je, tetapi tunjukkan bagaimana dan apa dia). Sebagai contoh, jika anda mengatakan software ini canggih dan mampu melakukan pelbagai fungsi, ia tidak cukup jika sekadar memaklumkan sahaja. Anda perlu tunjukkan preview software itu, tutorial software itu dan jika boleh – berikan mereka akses percubaan kepada software tersebut. Dengan cara ini, mereka lebih yakin bahawa software itu wujud dan mereka berpuas hati dengannya. Maka kadar jualan akan lebih meningkat.
  13. Sentiasa menggunakan P.S. berkuasa yang mengulangi mesej anda dalam hanya beberapa ayat. Ia adalah nota kaki di bahagian bawah button membeli dan di bawah tandatangan anda.
  14. Gunakan banyak subheadlines yang menarik perhatian sebagaimana headline utama. Maknanya, janganlah semua tulisan itu kecil. Sebaiknya setiap perenggan atau beberapa perenggan ada headline tersendiri, agar memudahkan pemahaman pembaca. Bukan itu sahaja, dengan adanya headlines dan subheadlines, ia memudahkan para pembaca untuk scan keseluruhan surat jualan tersebut.
  15. Jawab semua keraguan yang bermain-main dalam fikiran pembaca. Untuk melakukan demikian, cuba berfikir sebagai seorang pelanggan dan ketahui apa yang menyebabkan seorang pelanggan tidak membeli sesuatu produk. Jika semua keraguan tentang produk dan pembeli dijawab dengan hujah dan jawapan bernas, maka keyakinan pembeli untuk membeli adalah sangat tinggi.
  16. Bercakap tentang kelebihan-kelebihan produk sekerap yang anda boleh.
  17. Matlamat beberapa baris pertama adalah HANYA untuk mendapatkan pembaca untuk membaca baris ayat seterusnya, dan seterusnya, dan seterusnya, dan … dan sampai akhir. Supaya ia tidak terputus dan tidaklah pembaca hanya membaca sekerat jalan.
  18. Uji beberapa versi surat jualan anda. Biasanya dengan hanya menukarkan semua tajuk headline sudah cukup untuk anda membuat tambahan jualan sehingga ribuan ringgit.
  19. Membuat keputusan mengenai apa yang anda mahu pembaca untuk lakukan dan perlahan-lahan pandu mereka ke arah itu.
  20. Gunakan perkataan-perkataan emosi seberapa kerap yang anda boleh. Huraikan emosi dan perasaan anda dengan baik berdasarkan cerita di sebaliknya. Masukkan unsur emosi bagi menggambarkan kekecewaan apabila menggunakan produk lain atau sedih kerana melihatkan ramai orang gagal dalam menyelesaikan masalah mereka.
  21. Buatkan pembaca untuk mengangguk “ya” untuk apa saja anda cerita atau tulis dalam surat jualan anda, terutamanya di bahagian permulaan. Ia bermaksud, mereka bersetuju dengan apa kita perkatakan, yang kadangkala mereka sendiri tidak perasan. Sebagai contoh, bagi menghadapi temuduga, antara masalah mereka adalah memahami bahasa Inggeris untuk berinteraksi dengan bakal majikan, tidak tahu cara berpakaian dan tidak tahu cara tepat menulis resume. Maka sebagai pembaca, mereka akan menggangguk sebagai makna setuju, menunjukkan bahawa mereka mengakui penulis surat jualan itu memahami masalah utama mereka.
  22. Gunakan imej sokongan, bukan imej-imej yang sekadar menarik perhatian (tumpuan harus kepada kandungan, bukan imej). Imej seperti jadual, perbandingan, graf, dan sebagainya juga amat membantu untuk memahamkan para pembaca terhadap mesej yang ingin disampaikan oleh anda.
  23. Pastikan halaman jualan yang agak sempit dan tidak terlalu luas. Ia memudahkan pembacaan dan scroll.
  24. Jangan memberi tumpuan kepada kata kunci (keyword) sahaja dan gunakan di mana perlu sahaja. Masukkan kata kunci ke dalam surat jualan itu, BUKANNYA memasukkan surat jualan ke dalam kata kunci.
  25. Pastikan perenggan ditulis pendek dan mudah untuk dibaca. Tip: tidak lebih dari 4-6 baris perenggan.
  26. Gunakan teknik-teknik justifikasi yang baik, terutamanya jika barang yang lebih tinggi harganya, produk atau perkhidmatan. Berikan alasan kenapa ia dijual dengan harga yang mahal.
  27.  Ayat pertama yang amat pendek dalam 3-5 patah perkataan. Boleh menjadi ayat penarik.
  28. Letakkan gambar jurujual dan sebaiknya gambarnya bersama produk fizikal atau gambar-gambar lain bagi membuktikan jurujual itu wujud dan sejarahnya juga wujud serta apa yang dilakukan sekarang ini juga benar. Bagi penjual minyak wangi, mungkin mahu bergambar bersama-sama ratusan stok minyak wanginya.
  29. Gunakan drama untuk kesan yang lebih baik. Siapa kata dalam surat jualan tidak boleh wujudkan suasana drama atau novel.
  30. Terangkan apa yang membuat produk atau perkhidmatan anda berbeza berbanding produk atau servis lain.
  31. Gunakan ayat yang tepat, atau masukkan peribahasa atau idiom popular untuk digunakan bagi menerangkan maksud yang anda ingin sampaikan. Cara ini berkesan dalam membina keyakinan pelanggan terhadap apa yang ingin disampaikan, kerana mereka juga mengakui peribahasa dan idiom tersebut.
  32. Humor tidak menjual. Jangan sesekali gunakannya jika tidak mahir.
  33. Johnson Box. Gunakannya.
  34.  Jangan melebih-lebih menggunakan huruf tebal atau  italian atau lain-lain. Hanya BOLD perkataan yang kuat & yang beremosi sahaja. Atau BOLD beberapa perkataan penting yang menggambarkan maksud seluruh perenggan.
  35. Gunakan bullet point yang khas untuk menyenaraikan apa saja. Perkara seperti beg wang, bulatan hipnosis, atau pisang atau apa saja yang berkaitan dengan menjual.
  36. Sentiasa memberikan bonus dalam 1-5 kuantiti. Orang ramai sering membeli hanya ingin mendapatkan bonus. Bonus-bonus tersebut hendaklah memberikan faedah tambahan kepada mereka dan berkaitan dengan produk utama. Jika tidak, ia hanya akan menjadi hiasan semata. Bonus yang terlalu banyak juga boleh merendahkan jualan kerana akan membuatkan pelanggan menyangka bahawa ke semua produk itu ‘sampah’  dan tidak berkualiti.
  37. Cuba gunakan “unsur-unsur action seperti check box, ruang field, dan kawasan teks untuk pengguna mengambil bahagian di dalam surat jualan.
  38. Sila jangan gunakan kuning pada teks kelabu gelap yang putih atau itam. Ia seharusnya kontra (contrast) untuk memudahkan pembacaan.
  39.  Jangan terlebih guna kata seru (!). Ia boleh digunakan, namun  perlu berhati-hati, menggunakan banyak tanda seru seolah-olah anda menjerit bagi setiap patah perkataan yang ditulis.
Semoga berjaya!



No comments:

Post a Comment