Teruskan berdoa agar rakyat Palestin dilindungi oleh Allah ,memberi kekuatan kepada para Mujahidin memerangi zionis! Aminn ..
Bisnes Internet
Wednesday 23 July 2014
Terkini! Saham McDonalds & Coca Cola Terus Merudum!
Saham Mcdonalds & Coca Cola terus jatuh & merudum ...Teruskan boikot saudara2ku sekalian. Perangi mereka Yahudi laknatullah dengan memboikot barangan yang memberi sumbangan kepada Yahudi.
Teruskan berdoa agar rakyat Palestin dilindungi oleh Allah ,memberi kekuatan kepada para Mujahidin memerangi zionis! Aminn ..
Teruskan berdoa agar rakyat Palestin dilindungi oleh Allah ,memberi kekuatan kepada para Mujahidin memerangi zionis! Aminn ..
Wednesday 16 April 2014
WhatsApp jejaskan syarikat telekomunikasi tempatan
- Syarikat-syarikat telekomunikasi (telko) tempatan dijangka berhadapan kesukaran, apabila aplikasi perhubungan utama telefon pintar (OTT) seperti WhatsApp dijangka memperkenalkan perkhidmatan suara.Perkembangan itu sedikit sebanyak mendatangkan kerisauan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan memandangkan segmen suara masih menyumbang 50 hingga 60 peratus pendapatan kepada mereka.Ketua Pegawai Eksekutif WhatsApp, Jan Koum pada Februari lalu mengumumkan syarikatnya merancang untuk memasukkan kemudahan panggilan suara di dalam aplikasi tersebut menjelang pertengahan tahun ini.Malah, beberapa siri percubaan kemudahan itu sedang dilakukan yang telah mendapat liputan media segmen teknologi maklumat dan komunikasi.“Telko terus berhadapan kesukaran menjana perolehan akibat kemunculan aplikasi-aplikasi percuma ini.“Aplikasi-aplikasi tersebut sendiri telah menjejaskan pendapatan telko melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), ekoran kadar penggunaan telefon pintar yang bertambah selain kaedah tersebut lebih murah dan efektif," jelas nota kajian RHB Research di sini hari ini.Pada masa sama menurut kajian itu, penggunaan OTT yang semakin meningkat juga tidak menjanjikan kadar penggunaan internet yang tinggi, sekali gus menyukarkan telko menjana pendapatan.Namun jelas nota kajian itu, sehingga kini status penghasilan kemudahan panggilan suara oleh WhatsApp itu masih belum dipastikan. Tetapi kajian itu tetap menyifatkan pengguna masih sanggup membayar apa-apa caj perkhidmatan suara jika kualitinya terjamin.“Telko sebenarnya menyedari carabaran daripada OTT ini, dan mereka mungkin menyusun kembali perkhidmatan data bagi memastikan perolehan maksimum dapat dijana menerusi data," jelas nota kajian itu lagi.Ketiga-tiga syarikat telko utama tempatan iaitu Maxis, Celcom dan Digi masing-masing menjana pendapatan antara RM900 juta hingga RM1.2 bilion setiap suku tahun 2013.
Friday 11 April 2014
Peluang Jana RM900 Sehari! Tanpa Modal sesen!
Income RM900 sehari tanpa modal! Tuan/puan drp kta berfb/berwechat/whatsapp tiada dapat hasil.apa kata sambil2 tu kita buat income nak?? Disini saya nak berkongsi 1 program boleh buat income sampingan..free register tiada apa bayaran yang dikenakan tiada tipu muslihat (kalau anda rasa program ini menipu...anda x rugi apa2 pun..anda tak perlu keluar modal pun kan??)
Anda tak perlu cari orang
Tak perlu jual beli barang
Anda hanya perlu beriklan di facebook/wechat/whatsapp dan tahu komputer sikit2..apa saja termasuk tweeter atau laman sosial yang lain.anda perlu open link dibawah dan register sebagai member lepas register anda terus dapat 25usd x 3.4=rm85.00 lepas tu anda akan dapat link anda sendiri..apa lagi copy link anda sendiri dan copy ayat2 saya ni sebagainya setiap orang yg bka link anda..anda akan terima ganjaran sebanyak 10usd x 3.4=rm34.00 mudah kan??duit anda boleh pilih samada duit masuk ke acc bank atau cek akan diposkan ke alamat rumah anda..
register PERCUMA! sila isi kat sini:-
http://tasks4job.com/?refer=171474 anda jgn risau kerana tidak perlu bg no akaun@ no ic jika tkut ditipu..cuma daftar nama dan alamat untuk terima pembayaran cek je...
http://tasks4job.com/?refer=171474

Saturday 29 March 2014
39 Tips Dalam Penulisan Copywriting
Di sini disenaraikan sebahagian daripada tips-tips penting dalam menulis
ayat-ayat iklan dan copywriting.
- WIIFM – (What’s in it
for me) : “Apa faedahnya kepada saya?” Prospek tidak peduli siapa anda, apa
produk anda. Apa yang mereka ambil berat, ialah tentang apakah faedah yang
boleh mereka perolehi dari anda?Bagaimana anda boleh membantu mereka
menyelesaikan masalah? Jadi, sentiasa fikirkan, apakah faedah yang boleh
diberikan kepada prospek.
- Mana-mana kenyataan
besar yang mana mengejutkan para pembaca, mestilah disokong dengan bukti atau
kredibiliti. Jika anda nyatakan 90% blogger menghadapi masalah kesihatan,
berikan bukti. Mungkin keratan akhbar dan statistik kajian boleh dinyatakan
bagi menyokong kenyataan anda.
- JANGAN menjual produk
– sebaliknya, jual penyelesaian kepada masalah termasuk sebanyak (yang ditulis
dengan baik) beserta dengan testimoni dan kajian kes. Pelanggan mahu
menyelesaikan masalah mereka, oleh sebab itu mereka membeli.
- Tawarkan jaminan yang
luar biasa dan berbeza dengan para pesaing anda. Jika para pesaing lain
menawarkan jaminan wang dikembalikan 30 hari, anda pula boleh menawarkan
jaminan 60 hari, dan wang akan digandakan jika ia tidak berkesan. Sekiranya
produk anda benar-benar berkesan, kenapa perlu bimbang? Jika ada pemulangan
wang pun, pastinya hanya 1% sahaja ~ jika produk anda memang sangat berkualiti
dan berkesan.
- Buat tawaran anda
terhad dalam tempoh masa tertentu. Pastikan anda serius tentang tawaran terhad
ini dan sentiasa kemaskini jumlah unit yang tinggal dan waktu yang berbaki.
- Ikut formula “AIDA” –
ATTENTION : Ambil perhatian, INTEREST : menimbulkan minat pembaca, DESIRE :
membina keinginan supaya prospek ingin dapatkan produk, dan membuatkan mereka
untuk mengambil tindakan. Untuk mereka membaca salesletter yang panjang,
mulakan dengan menarik perhatian mereka. Cara menarik perhatian ada banyak dan
pelbagai, jangan khususkan pada satu teknik sahaja.
- Menulis dalam nada
perbualan. Menulis dengan ayat rasmi yang kaku, hanya akan membuatkan prospek
rasa berjauhan dengan anda dan seolah-olah mereka membaca berita. Membaca
berita tidak memerlukan pelanggan untuk membeli.
- Jelaskan mengapa anda
membuat tawaran tersebut, selain sekadar mahu mengaut keuntungan. Jelaskan
dengan baik agar para pelanggan tahu bahawa anda bukannya mengambil kesempatan
ke atas mereka.
- Permudahkan pembaca
untuk mengambil tindakan. Janganlah buat surat jualan yang caca marba dan tiada
butang membeli. Arahan perlu jelas, agar keserabutan dan sistem yang tidak
sistematik hanya membuatkan pelanggan lari daripada membuat pembelian.
- Beri peluang pembaca untuk memahami tawaran anda..
- Ketahui bagaimana bakal pelanggan berinteraksi antara satu sama lain dan
budaya mereka, kemudian gunakan bahasa mereka. Jika anda promosi kepada orang
Kelantan, maka menggunakan sedikit sebanyak dialek Kelantan dalam surat jualan
dan ayat iklan, akan lebih menarik perhatian mereka.
- Tunjukkan, jangan beritahu saja (jangan main cakap je, tetapi tunjukkan
bagaimana dan apa dia). Sebagai contoh, jika anda mengatakan software ini
canggih dan mampu melakukan pelbagai fungsi, ia tidak cukup jika sekadar
memaklumkan sahaja. Anda perlu tunjukkan preview software itu, tutorial
software itu dan jika boleh – berikan mereka akses percubaan kepada software
tersebut. Dengan cara ini, mereka lebih yakin bahawa software itu wujud dan
mereka berpuas hati dengannya. Maka kadar jualan akan lebih meningkat.
- Sentiasa menggunakan P.S. berkuasa yang mengulangi mesej anda dalam
hanya beberapa ayat. Ia adalah nota kaki di bahagian bawah button membeli dan
di bawah tandatangan anda.
- Gunakan banyak subheadlines yang menarik perhatian sebagaimana headline
utama. Maknanya, janganlah semua tulisan itu kecil. Sebaiknya setiap perenggan
atau beberapa perenggan ada headline tersendiri, agar memudahkan pemahaman
pembaca. Bukan itu sahaja, dengan adanya headlines dan subheadlines, ia
memudahkan para pembaca untuk scan keseluruhan surat jualan tersebut.
- Jawab semua keraguan yang bermain-main dalam fikiran pembaca. Untuk
melakukan demikian, cuba berfikir sebagai seorang pelanggan dan ketahui apa
yang menyebabkan seorang pelanggan tidak membeli sesuatu produk. Jika semua
keraguan tentang produk dan pembeli dijawab dengan hujah dan jawapan bernas,
maka keyakinan pembeli untuk membeli adalah sangat tinggi.
- Bercakap tentang kelebihan-kelebihan produk sekerap yang anda boleh.
- Matlamat beberapa baris pertama adalah HANYA untuk mendapatkan pembaca
untuk membaca baris ayat seterusnya, dan seterusnya, dan seterusnya, dan … dan
sampai akhir. Supaya ia tidak terputus dan tidaklah pembaca hanya membaca
sekerat jalan.
- Uji beberapa versi surat jualan anda. Biasanya dengan hanya menukarkan semua
tajuk headline sudah cukup untuk anda membuat tambahan jualan sehingga ribuan
ringgit.
- Membuat keputusan mengenai apa yang anda mahu pembaca untuk lakukan dan
perlahan-lahan pandu mereka ke arah itu.
- Gunakan perkataan-perkataan emosi seberapa kerap yang anda boleh.
Huraikan emosi dan perasaan anda dengan baik berdasarkan cerita di sebaliknya.
Masukkan unsur emosi bagi menggambarkan kekecewaan apabila menggunakan produk
lain atau sedih kerana melihatkan ramai orang gagal dalam menyelesaikan masalah
mereka.
- Buatkan pembaca untuk mengangguk “ya” untuk apa saja anda cerita atau
tulis dalam surat jualan anda, terutamanya di bahagian permulaan. Ia bermaksud,
mereka bersetuju dengan apa kita perkatakan, yang kadangkala mereka sendiri
tidak perasan. Sebagai contoh, bagi menghadapi temuduga, antara masalah mereka
adalah memahami bahasa Inggeris untuk berinteraksi dengan bakal majikan, tidak
tahu cara berpakaian dan tidak tahu cara tepat menulis resume. Maka sebagai
pembaca, mereka akan menggangguk sebagai makna setuju, menunjukkan bahawa
mereka mengakui penulis surat jualan itu memahami masalah utama mereka.
- Gunakan imej sokongan, bukan imej-imej yang sekadar menarik perhatian
(tumpuan harus kepada kandungan, bukan imej). Imej seperti jadual,
perbandingan, graf, dan sebagainya juga amat membantu untuk memahamkan para
pembaca terhadap mesej yang ingin disampaikan oleh anda.
- Pastikan halaman jualan yang agak sempit dan tidak terlalu luas. Ia
memudahkan pembacaan dan scroll.
- Jangan memberi tumpuan kepada kata kunci (keyword) sahaja dan gunakan di
mana perlu sahaja. Masukkan kata kunci ke dalam surat jualan itu, BUKANNYA
memasukkan surat jualan ke dalam kata kunci.
- Pastikan perenggan ditulis pendek dan mudah untuk dibaca. Tip: tidak
lebih dari 4-6 baris perenggan.
- Gunakan teknik-teknik justifikasi yang baik, terutamanya jika barang
yang lebih tinggi harganya, produk atau perkhidmatan. Berikan alasan kenapa ia
dijual dengan harga yang mahal.
- Ayat pertama yang amat pendek dalam 3-5 patah perkataan. Boleh menjadi
ayat penarik.
- Letakkan gambar jurujual dan sebaiknya gambarnya bersama produk fizikal
atau gambar-gambar lain bagi membuktikan jurujual itu wujud dan sejarahnya juga
wujud serta apa yang dilakukan sekarang ini juga benar. Bagi penjual minyak
wangi, mungkin mahu bergambar bersama-sama ratusan stok minyak wanginya.
- Gunakan drama untuk kesan yang lebih baik. Siapa kata dalam surat jualan
tidak boleh wujudkan suasana drama atau novel.
- Terangkan apa yang membuat produk atau perkhidmatan anda berbeza
berbanding produk atau servis lain.
- Gunakan ayat yang tepat, atau masukkan peribahasa atau idiom popular
untuk digunakan bagi menerangkan maksud yang anda ingin sampaikan. Cara ini
berkesan dalam membina keyakinan pelanggan terhadap apa yang ingin disampaikan,
kerana mereka juga mengakui peribahasa dan idiom tersebut.
- Humor tidak menjual. Jangan sesekali gunakannya jika tidak mahir.
- Johnson Box. Gunakannya.
- Jangan melebih-lebih menggunakan huruf tebal atau italian atau
lain-lain. Hanya BOLD perkataan yang kuat
& yang beremosi sahaja. Atau BOLD beberapa perkataan penting yang
menggambarkan maksud seluruh perenggan.
- Gunakan bullet point yang khas untuk menyenaraikan apa saja. Perkara
seperti beg wang, bulatan hipnosis, atau pisang atau apa saja yang berkaitan
dengan menjual.
- Sentiasa memberikan bonus dalam 1-5 kuantiti. Orang ramai sering membeli
hanya ingin mendapatkan bonus. Bonus-bonus tersebut hendaklah memberikan faedah
tambahan kepada mereka dan berkaitan dengan produk utama. Jika tidak, ia hanya
akan menjadi hiasan semata. Bonus yang terlalu banyak juga boleh merendahkan
jualan kerana akan membuatkan pelanggan menyangka bahawa ke semua produk itu
‘sampah’ dan tidak berkualiti.
- Cuba gunakan “unsur-unsur action seperti check box, ruang field, dan
kawasan teks untuk pengguna mengambil bahagian di dalam surat jualan.
- Sila jangan gunakan kuning pada teks kelabu gelap yang putih atau itam.
Ia seharusnya kontra (contrast) untuk memudahkan pembacaan.
- Jangan terlebih guna kata seru (!). Ia boleh digunakan, namun
perlu berhati-hati, menggunakan banyak tanda seru seolah-olah anda
menjerit bagi setiap patah perkataan yang ditulis.
Semoga berjaya!
Copywriting
Copywriting adalah ilmu berkenaan cara penulisan ayat-ayat untuk memujuk
para pembaca untuk membuat sesuatu tindakan seperti membeli, daftar mahupun
install. Dengan ilmu copywriting yang sinonim dengan ayat-ayat memujuk untuk
mengerahkan pelanggan agar membuat pembelian, ilmu yang betul dan teknik yang
tepat akan menjamin jualan yang berganda. Seorang usahawan online yang bijak
tidak akan membiarkan produk mereka tidak laku hanya disebabkan tidak mempunyai
surat jualan yang hebat dan berkesan dalam mempengaruhi para pelanggan.
Produk yang berkualiti tidak menjamin jualan yang baik. Oleh yang
demikian, mesej perlu disampaikan dengan baik, jelas dan sampai kepada maksud
yang boleh memujuk hati pelanggan untuk tidak teragak-agak membeli.
Ilmu copywriting bukanlah ilmu yang mengajar bagaimana menipu, tetapi
sebenarnya ia ilmu dan kemahiran yang diperlukan bagi memastikan bakal-bakal
pelanggan memahami maksud, kepentingan dan faedah sesuatu produk untuk mereka.
Kadangkala, ia hanya melibatkan penggunaan ayat, walaupun sama maknanya tetapi
jika penggunaan ayat kurang tepat, ia hanya membantutkan ‘selera’ pelanggan
untuk membeli.
Juga harus diingatkan bahawa ilmu copywriting bukan sekadar tentang
cara-cara penulisan ayat dan karangan, ia juga melibatkan banyak elemen yang
boleh dimasukkan seperti video, imej, skrip, analisis dan sebagainya. Maka
seseorang usahawan perlu tahu bagaimana memanipulasi elemen-elemen tersebut.
Jika salah digunakan, ia tidak memberikan kesan positif. Oleh kerana itulah terdapat
sebahagian usahawan online yang lebih rela mengupah seorang penulis salesletter
demi mengelakkan jualan tidak memberangsangkan dan bagi menjamin keuntungan
perniagaan yang lebih berlipat kali ganda.
5 Website Buat Duit Dengan Affiliate
Program affiliate adalah merupakan salah satu cara yang terbaik baik bagi pemilik-pemilik website dan juga pemilik blog untuk menjana pendapatan menerusi blog mereka dengan kaedah percuma. Malahan, halaman sosial media juga kini sudah menjadi salah satu platform pemasaran yang terbaik bagi agen-agen affiliate menjalankan promosi.
Menerusi program affiliate, pemilik website, blog atau pengguna facebook, hanya perlu mempromosikan link affiliate mereka sahaja di medium-meidum pemasaran yang mereka miliki. Kemudian, jika anda jualan yang terhasil, mereka akan mendapat komisyen yang lumayan. Ianya sangat mudah.. hanya perlu letakkan link sahaja. Manakala segala urusan pengehsan bayaran penghantaran produk atau khidmat pelanggan, akan diuruskan oleh pihak penjual.
Namun begitu, sebelum anda menyertai sesebuah program affiliate, anda
perlulah terlebih dahulu menyemak latar belakang pihak penganjur program
affiliate tersebut, adakah ianya benar-benar membayar para agen affiliate atau
sebaliknya?
Untuk memudahkan anda membuat duit dengan affiliate, disini, kami
senaraikan beberapa program affiliate antarabangsa dan juga tempatan yang sudah
kukuh dan boleh dipercayai untuk anda sertai.
Ini adalah lubuk kepada produk digital. Terdapat pelbagai
jenis produk digital yang boleh anda promosikan dari website ini, dari ebook,
perisian hinggalah kepada program keahlian. Komisyen yang ditawarkan juga agak
tinggi, iaitu sehingga 75%. Komisyen pula dibayar secara mingguan.
Siapa
yang tidak kenal dengan website Amazon. Website yang pada mulanya popular
dengan menjual buku secara online, kini turut menjual semua jenis barangan
secara online, dari pakaian bayi hinggalah kepada peralatan elektrik. Jadi,
tidak kira apa pun niche website atau blog anda, anda pasti akan menjumpai
produk yang sesuai dari amazon untuk dipromosikan di blog anda.
Dilaporkan,
ini adalah website affiliate yang paling besar di internet dan memiliki lebih
10 juta rakan affiliate. Sokongan penggunanya juga dikatakan amat mesra dan
profesional. Namun begitu, sedikit kelemahan linkshare ialah, apabila anda
ingin mempromosikan sesuatu produk, anda perlu mendapatkan kelulusan terlebih
dahulu dari pihak pemilik produk tersebut. Selalunya, 90% pemilik produk akan
meluluskan semua affiliate yang ingin mempromosikan produk mereka, tetapi,
ianya agak sedikit lambat dan anda perlu menunggu kelulusan mereka.
Tambahan lagi, ada banyak juga pemilik produk (vendor) yang
tidak membenarkan peserta affiliate dari Malaysia mempromosikan produk mereka.
Ianya adalah kerana produk mereka berbentuk produk fizikal dan terhad untuk
pembelian dari sesetengah negara sahaja. Namun begitu, anda masih boleh
mencuba!
4. Ashadee - http://www.ashadee.com/
Ashadee
boleh dikatakan sebagai Clickbank versi Malaysia. Buat masa ini terdapat lebih
dari 200 tawaran yang boleh agen affiliate promosikan menerusi website ashadee.
Bayaran komisyen pula dibuat secara dwi-mingguan. Sebelum ini, ashadee dikenali
sebagai Jomniaga.
Baru-baru ini pihak ashadee telah mengeluarkan senarai
top 20 affiliate mereka
untuk tahun 2013.
5. Klikjer - http://www.klikjer.com/
Satu lagi lubuk affiliate yang dibina oleh rakyat Malaysia
untuk rakyat Malaysia ialah, klikjer.com. Klikjer.com sebenarnya adalah
merupakan sebuah syarikat penerbitan ebook. Namun begitu, pihak klikjer.com
turut menawarkan program affiliate untuk membolehkan para agen affiliate
mempromosikan ebook-ebook terbitan mereka. Buat masa ini, terdapat hampir 40
buah ebook berbahasa melayu di dalam pelbagai niche telah diterbitkan.
Komisyen jualan bagi setiap ebook pula ialah sebanyak 40%.
Namun begitu, ura-ura kedengaran, kadar komisyen ini akan ditingkatkan pada
masa hadapan. Bayaran komisyen pula adalah secara bulanan.
Itulah 5 program affiliate yang boleh anda sertai secara
PERCUMA. Ianya adalah ibarat lubuk duit bagi mereka yang mahu menjana
pendapatan di internet dengan menjadi agen affiliate.
Monday 3 March 2014
Inspirasi - Bagaimana jutawan Billionnaire Hong Kong, Li Ka Shing berjaya dalam Perniagaan & Pelaburan
Bagaimana Untuk Menjadi Kaya Dalam Perniagaan Dan Pelaburan?
Jutawan billionaire Hong Kong Li Ka-Shing berkongsi pengalaman dan kebijaksanaannya dalam pengurusan wang serta menggariskan pelan lima tahun sebagai sumber inspirasi dan panduan untuk memperbaiki kehidupan seseorang.
(Artikel ini diterjemahkan dari artikel Bahasa Inggeris yang dikongsikan oleh Edmund Ng di CeoConnectz.)
Keuntungan yang tinggi adalah daripada Perniagaan dan Pelaburan, tetapi, 9 dari 10 orang yang berniaga dan melabur sentiasa gagal atau tidak berapa untung.
Katakan pendapatan bulanan anda hanya RM2,000 dan anda hidup dengan selesa dengan jumlahnya. Saya boleh membantu anda meletakkan wang ke dalam lima set dana. Set dana pertama RM600, kedua RM400, ketiga RM300, keempat RM200 dan kelima RM500.
Set pertama dana digunakan untuk perbelanjaan hidup. Ia merupakan kehidupan yang ringkas di mana anda hanya boleh belanjakan kurang dari dua puluh ringgit sehari. Sarapan harian roti, telur dan secawan susu. Untuk makan tengah hari hanya makan set ringkas tengah hari, makanan ringan dan buah.Untuk makan malam, sila pergi ke dapur dan memasak makanan anda sendiri yang terdiri daripada dua sayur-sayuran hidangan dan segelas susu sebelum tidur. Selama satu bulan kos makanan mungkin dalam lingkungan RM500 - RM600. Jika anda muda, badan anda tidak akan mempunyai terlalu banyak masalah untuk beberapa tahun dengan cara ini hidup.
Set kedua dana: Mencari kawan, meluaskan bulatan interpersonal anda. Ini akan menjadikan anda kaya. Bil telefon anda boleh diperuntukkan sebanyak RM100. Anda boleh belanja rakan-rakan anda 2 kali makanan tengah hari sebulan, setiap satu pada harga RM150. Siapa yang patut anda belanja makan tengah hari? Sentiasa ingat untuk belanja makan tengah hari pada orang yang lebih berpengetahuan daripada anda, lebih kaya dari anda atau orang-orang yang telah membantu dalam kerjaya anda. Pastikan anda melakukannya setiap bulan. Selepas satu tahun, bulatan kawan anda telah menjana nilai yang amat besar untuk anda. Reputasi, pengaruh, nilai diri anda bertambah dan diiktiraf oleh semua. Anda juga akan meningkatkan lagi imej anda menjadi seorang yang baik dan pemurah.
Set ketiga dana: Menimba ilmu. Perbelanjaan bulanan kira-kira RM50 hingga RM100 untuk membeli buku. Oleh kerana anda tidak mempunyai wang yang banyak, anda perlu memberi perhatian kepada pembelajaran. Apabila anda membeli buku-buku, membacanya dengan teliti dan mempelajari ilmu dan strategi yang diajar di dalam buku. Setiap buku yang telah dibaca, huraikan dan simpulkannya menggunakan kefahaman anda sendiri untuk dikongsikan bersama orang lain. Berkongsi dengan orang lain boleh meningkatkan kredibiliti anda dan meningkatkan tarikan diri. Ia juga menjimatkan perbelanjaan sehingga RM200 setiap bulan untuk menghadiri kursus latihan. Apabila anda mempunyai pendapatan yang lebih tinggi atau simpanan tambahan, cuba mengambil bahagian dalam latihan kursus yang lebih maju. Apabila anda menyertai latihan yang baik, bukan sahaja anda mempelajari pengetahuan yang baik, anda juga dapat mengenali rakan-rakan yang tidak mudah didapati.
Set keempat dana: Gunakan ia untuk bercuti di luar negara. Beri ganjaran kepada diri dengan pelancongan ini sekurang-kurangnya sekali setahun. Terus berkembang dari pengalaman hidup. Tinggal di tempat penginapan kos rendah untuk menjimatkan kos. Dalam beberapa tahun, anda akan telah melancong banyak negara dan mempunyai pengalaman yang berbeza. Gunakan pengalaman ini bagi cas semula tenaga diri supaya anda terus mempunyai minat dalam melakukan kerja anda.
Set kelima dana: Pelaburan. Simpan RM500 di dalam bank dan kembangkan ia sebagai modal permulaan anda. Modal boleh digunakan untuk melakukan perniagaan secara kecil-kecilan. Perniagaan secara kecil-kecilan adalah selamat. Pergi kepada pemborong dan mencari produk untuk dijual. Walaupun anda kehilangan wang, anda tidak akan kehilangan wang yang terlalu banyak. Walau bagaimanapun, apabila anda mula mendapat keuntungan, ia secara langsung akan meningkatkan lagi keyakinan dan keberanian diri anda dan ia memberi satu pengalaman ilmu baru dalam menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Dapatkan keuntungan lebih banyak lagi dan kemudian mula membeli pelan pelaburan jangka panjang dan mendapatkan perlindungan keselamatan jangka panjang untuk menjaga kekayaan kewangan anda dan keluarga. Jadi tidak kira apa yang berlaku, anda akan ada dana yang mencukupi dan kualiti hidup anda tidak akan merosot.
Setelah berjuang selama setahun dan jika gaji tahun kedua anda masih RM2,000, maka itu bermakna anda masih tidak berkembang lagi sebagai individu. Anda seharusnya rasa benar-benar malu. Pergilah ke pasar raya dan beli tauhu atau telur dan hancurkan ia di kepala anda kerana anda berhak menerima hentakan itu.
Jika pendapatan bulanan anda ialah RM3,000, anda masih perlu bekerja keras . Anda mesti cuba untuk mencari kerja sambilan. Ia sesuatu yang bagus jika anda mencari pekerjaan separuh masa terutamanya jualan. Melakukan jualan adalah mencabar, tetapi ia adalah cara yang paling cepat untuk anda memperoleh seni jualan dan ini adalah kemahiran yang sangat mendalam yang anda perlu ada untuk sepanjang kerjaya anda. Semua usahawan yang berjaya terdiri dari golongan jurujual yang baik. Mereka mempunyai keupayaan untuk menjual impian dan visi mereka. Anda juga akan berjumpa dengan ramai orang yang akan menjadi bernilai kepada anda pada suatu masa nanti. Apabila anda berada dalam bidang jualan, anda juga akan mempelajari apa yang boleh dijual dan apa yang tidak. Gunakan sensitiviti mengesan sentimen pasaran sebagai platform untuk menjalankan perniagaan anda dan dalam mengenal pasti pemenang produk pada masa hadapan.
Cuba untuk membeli pakaian dan kasut yang minimum. Anda boleh membeli semua barang yang anda mahu apabila anda kaya . Simpan wang anda dan belikan hadiah untuk yang tersayang dan beritahu mereka rancangan anda dan matlamat kewangan anda. Beritahu mereka mengapa anda begitu berjimat-cermat. Beritahu mereka usaha anda , arah tuju dan impian anda.
Ahli perniagaan di mana-mana memerlukan bantuan. Ambil peluang ini untuk melakukan kerja sambilan untuk mereka. Ini akan membantu anda mengasah dan meningkatkan kemahiran anda. Anda akan mula membangunkan kefasihan anda dan tidak lama lagi, semakin hari anda akan lebih dekat dengan matlamat kewangan anda. Menjelang tahun kedua, pendapatan anda perlu bertambah kepada sekurang-kurangnya RM5,000. Minimum ia harus RM3,000, jika tidak, anda tidak akan dapat menampung kehidupan anda dengan kadar inflasi yang meningkat.
Tidak kira berapa banyak pendapatan anda, sentiasa ingat untuk membahagikannya kepada lima bahagian secara berkadar. Sentiasa utamakan diri anda untuk menjadi seorang yang berguna. Tingkatkan pelaburan anda dalam sistem rangkaian. Apabila anda meningkatkan pelaburan sosial anda, mengembangkan rangkaian kenalan anda, pendapatan anda akan tumbuh secara berkadar. Tingkatkan pelaburan anda dalam pembelajaran, kukuhkan keyakinan diri anda, tingkatkan pelaburan untuk percutian, luaskan sebanyak mungkin peluang anda untuk berjaya dan tingkatkan pelaburan untuk masa depan, dan akhirnya pendapatan anda akan meningkat juga.
Kekalkan keseimbangan ini dan secara beransur-ansur anda akan mula mempunyai banyak lebihan. Ini merupakan bulatan perancangan hidup yang unggul. Badan anda akan mula menjadi lebih sihat dan lebih baik kerana ia mendapat lebih banyak khasiat dan penjagaan. Rakan-rakan akan bertambah banyak dan anda akan mula membuat rangkaian kenalan berharga pada masa yang sama. Anda akan memilih untuk mengambil bahagian dalam kursus latihan yang sangat tinggi dan akhirnya anda akan didedahkan kepada projek-projek yang lebih besar dan peluang yang lebih besar. Tidak lama kemudian, anda secara beransur-ansur akan menyedari pelbagai impian, keperluan untuk membeli rumah sendiri, kereta, dan untuk penyediaan dana pendidikan yang mencukupi untuk masa depan anak anda telah tercapai.
Gaya hidup boleh direka. Kerjaya boleh dirancang. Kebahagiaan boleh disediakan. Anda perlu mula merancang sekarang. Ketika miskin, anda menghabiskan masa kurang di rumah dan lebih banyak masa di luar. Apabila kaya, anda akan mempunyai banyak masa tinggal di rumah berbanding di luar. Ini adalah seni hidup. Ketika miskin, anda membelanjakan wang ke atas orang lain. Apabila kaya, anda membelanjakan wang pada diri sendiri. Ramai orang yang melakukan sebaliknya.
Ketika miskin, anda baik kepada orang lain. Jangan berkira-kira. Apabila kaya, anda mesti belajar untuk membiarkan orang lain menjadi baik kepada anda. Anda perlu belajar untuk menjadi baik kepada diri sendiri lebih lagi. Ketika miskin, anda meletakkan diri di tempat terbuka dan membiarkan orang lain menggunakan anda. Apabila kaya, anda perlu untuk memelihara diri dengan baik dan jangan biarkan orang lain mudah menggunakan anda. Ini adalah cara hidup yang rumit yang ramai orang tidak faham.
Ketika miskin, anda membelanjakan wang supaya orang lain boleh melihatnya. Apabila kaya, anda tidak menunjuk-nunjuk. Membelanjakan wang pada diri sendiri tanpa orang lain mengetahuinya. Ketika miskin, anda mesti bermurah hati. Apabila kaya, anda tidak harus dilihat sebagai boros. Hidup anda telah mencapai asas-asas ini. Akan ada ketenangan pada peringkat ini.
Tiada salah menjadi muda. Anda tidak perlu takut menjadi miskin. Anda perlu tahu bagaimana untuk melabur pada diri sendiri dan meningkatkan kebijaksanaan dan kedudukan anda. Anda perlu tahu apa yang penting di dalam kehidupan dan apa yang bernilai untuk dilaburkan. Anda juga perlu tahu apa yang anda perlu elakkan dan tidak sia-sia membelanjakan atau menggunakan wang anda. Ini adalah intipati disiplin hidup. Cuba elakkan membelanja wang pada pakaian, tetapi membeli beberapa barangan terpilih yang mempunyai kelas atau berjenama. Kurangkan makan di luar. Sekiranya anda makan di luar, pastikan anda membeli makanan tengah hari atau makan malam dan kongsikan bilnya. Apabila belanja orang lain makan malam, pastikan anda belanja makan malam kepada orang yang mempunyai impian yang lebih besar dan bekerja lebih keras daripada anda.
Apabila kehidupan anda tidak lagi menjadi isu, gunakan baki wang anda untuk mengejar impian anda. Sebarkan sayap anda dan beranikan diri untuk mengecapi impian anda! Pastikan anda hidup kehidupan yang luar biasa!
Teori terkenal dari Harvard : Perbezaan nasib seseorang ditentukan dari apa yang seseorang itu lakukan dalam masa lapangnya antara jam 20:00 ke 22:00. Gunakan dua jam itu untuk belajar, berfikir dan mengambil bahagian dalam ceramah yang bermakna atau perbincangan. Jika anda berterusan sebegini selama beberapa tahun, kejayaan pasti akan datang dan berketuk di pintu kehidupan anda.
Tidak kira berapa banyak pendapatan anda, sentiasa ingat untuk mengagihkan gaji anda ke dalam lima bahagian. Jaga badan anda supaya ia sentiasa berada di dalam keadaan yang baik. Labur dalam rangkaian sosial anda supaya anda akan sentiasa berjumpa dengan orang baru di mana anda boleh belajar dan mendapat pengetahuan baru daripadanya. Mengembangkan rangkaian social anda juga akan mempunyai kesan penting dalam peningkatan pendapatan anda. Luangkan masa untuk bercuti setiap tahun dan luaskan pengalaman serta pandangan anda tentang kehidupan. Anda juga perlu mengikuti perkembangan terkini dalam industri. Jika anda mengikuti pelan rancangan ini bersungguh-sungguh, anda akan melihat lebihan dana dalam simpanan dan tabungan anda.
Apa sahaja yang berlaku pada masa lalu telah berakhir. Jangan fikirkan kesilapan lalu. Tidak ada gunanya menangis untuk kesilapan lalu. Semua orang membuat kesilapan. Yang penting adalah apa yang anda belajar dari kesilapan itu, dan janji kepada diri anda untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Apabila anda terlepas peluang-peluang yang ada, jangan berlengah berfikir tentangnya, kerana peluang-peluang baru akan sentiasa ada di masa hadapan.
Jika anda dapat tersenyum apabila ada sedikit salah faham, itu adalah suatu didikan yang baik. Apabila anda dianiaya dan anda boleh tersenyum dengan tenang, ia adalah sifat bermurah hati. Apabila orang mengambil kesempatan terhadap diri anda dan anda boleh tersenyum, anda seorang yang berfikiran terbuka. Apabila anda sudah tidak berdaya dan anda masih boleh memberi senyuman, anda berada dalam keadaan tenang. Apabila anda berada dalam kesusahan dan anda boleh ketawa dengan kuat, anda seorang yang murah hati. Apabila anda dipandang rendah dan anda boleh tersenyum dengan tenang, anda seorang yang yakin diri. Apabila anda ditinggalkan oleh orang kesayangan anda dan anda boleh tersenyum dan mebiarkan ia berlalu sahaja, anda seorang yang tinggi nilai personalitinya.
Terdapat ramai orang yang berjuang untuk memenuhi segala jenis keperluan tidak kira jika anda kaya atau miskin. Yang pentingnya, terdapat banyak pengajaran yang anda boleh belajar daripada Li Ka-Shing.
Jika anda tergerak hati dari perkongsian diatas dan ingin bangkit merubah kehidupan anda, sertai kami di seminar Percuma BANGKIT 2014 untuk kenali potensi diri anda dan belajar dari Mentor yang telah terbukti berjaya.

Subscribe to:
Posts (Atom)